in

“Ada yang kata Covid-19 sengaja dicipta” – Rupanya Ada Filem Yang Ramal Wabak Coronavirus?

Feature 2 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak juga teori konspirasi yang timbul akibat kemunculan wabak Coronavirus. Ada yang kata kerajaan Amerika Syarikat sengaja cipta virus ini untuk mengalahkan kerajaan China. Yang mana satu betul pun kita tak tahu. 


Kali ini admin nak kongsikan satu filem dari Amerika Syarikat, Contagion yang berkisar tentang wabak yang juga bermula dari kelawar dan khinzir. Sama macam Covid-19 weh! 

Seorang pengguna Twitter, Idris telah kongsikan kemungkinan filem ini merupakan ramalan wabak Covid-19.

Filem ini yang telah ditayangkan pada tahun 2011 difahamkan telah diinspirasikan daripada kejadian wabak SARS yang telah melanda dunia sekitar tahun 2003 dan wabak swine flu pada tahun 2009.

Contagion 3

Selain itu, dalam filem itu juga, wabak itu juga dikatakan bermula di Hong Kong. Macam lebih kurang je dengan virus korona. 

Virus dalam filem Contagion ini juga merupakan novel virus di mana virus tersebut tidak pernah dijumpai sebelum ini. Coronavirus pun novel virus jugak kan. 

Contagion 2

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa filem ini tiada kaitan pun dengan ramalan wabak Coronavirus sebab filem ini juga telah diinspirasikan daripada wabak selesema burung.

Contagion 4

Pesakit wabak dalam filem ini akan mengalami sawan dan mulut mereka akan berbuih-buih sebelum mati secara tiba-tiba.

Rata-rata netizen mempunyai pelbagai reaksi perihal filem Contagion ini.

Contagion 1

Sejauh mana kesahihan filem ini dalam meramalkan kejadian wabak yang sedang dihadapi sekarang tidak dapat dipastikan. Namun, korang boleh tonton filem ini lagi-lagi bila tak tau nak buat apa kat rumah sekarang ni. 

Di sini, admin kongsikan trailer filem ini.

Admin pun baru je tengok filem ni. Rasa relatable sangat dengan situasi sekarang ni. 

Baca: “Kerajaan Trump cipta untuk musnahkan China” – 4 Teori Konspirasi Dahsyat Perihal ‘Kemunculan’ COVID-19

China Us

Sumber: 1MDb
Sumber: Malay Mail
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.