in

“Ada ‘orang’ suruh…” – Ibu Telefon 911 Sambil Tikam Anak Lelaki 7 Tahun Berkali-kali

Bunuh Anak

Panggilan 911 mengerikan diterima daripada seorang wanita yang memberitahu alamat rumahnya tetapi sesuatu yang lebih dahsyat sebenarnya sedang berlaku.

Menurut Mirror, melalui panggilan tersebut operator boleh dengar suara seorang kanak-kanak lelaki menjerit dan memberitahu ibunya mahu membunuhnya! Bukan itu je, menurut si ibu dari Henderson, Nevada itu ada yang menyuruh mereka membunuh sesama sendiri!

Anak: Ibu cuba membunuh saya.

Ibu: Ya, mereka sedang membunuh sesama sendiri, mereka paksa kami buat macam ni.

Call
gambar hiasan

Itulah perbualan antara operator dan wanita tersebut sebelum ianya berakhir dengan jeritan kanak-kanak berusia 7 tahun itu yang meronta akibat ditikam berkali-kali.

Ahh! Ahhh! Tolong jangan sakiti saya, tolong! Jangan sakiti saya! Jangan sakiti saya! Tolong!”

Dalam kejadian pada 21 Oktober lepas, dua anggota polis dihantar ke rumah tersebut untuk periksa apa yang berlaku dan ketika sampai, pintu itu dibuka oleh kanak-kanak  tersebut yang berlumuran darah.

Bunuh5
sumber: mirror

Salah seorang polis kemudian masuk ke dalam rumah dan Claudia Nadia Rodriguez, 37, dilihat tidak berpakaian serta memegang pisau. Dia kemudian bergelut dengan wanita itu sebelum dia merampas dan menarik picu pistolnya.

Rakan polisnya yang berada di luar terus masuk dan menembak wanita itu beberapa kali menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Bunuh6
sumber: mirror

Menurut bapa kanak-kanak itu, Claudia pernah melakukan keganasan dan mendera dua anaknya bersama lelaki lain sebelum ini.

Kanak-kanak lelaki itu dilaporkan telah ditikam sebanyak 25 kali namun masih ada peluang untuk hidup dan kini dirawat di hospital. Dua anggota polis itu pula kini digantung sementara kes masih dalam siasatan.

Bunuh3

Bunuh4
sumber: mirror

Baca: “Ada suara suruh” – Wanita Tikam Bayi 3 Bulan Lepas Dengar ‘Bisikan Ghaib’ Beritahu Anak Akan Masuk Syurga

Bayi Tewas