Abe Bawa Ayu Pergi Honeymoon!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tak reda lagi kontroversi peraih getah jadikan budak perempuan umur 11 tahun tu sebagai isteri ketiga, timbul lagi kisah baru yang mendakwa pasangan ni pergi ‘berbulan madu’ pulak. Wow!

Menurut mStar, lelaki dikenali sebagai Che Abdul Karim Che Hamid tu khabarnya telah membawa isteri mudanya pergi bercuti di Perak. Padahal sebelum ni isteri kedua ada cakap yang Karim kedekut dengan isteri-isteri yang lain. Hurrmmm…

Sumber: mStar

Isteri kedua Che Abdul Karim, Siti Nor Azila Zulkifle juga mendedahkan bahawa percutian tu diketahui semasa dorang mula-mula tahu yang suaminya dah kahwin untuk kali yang ketiga pada bulan Jun lalu.

“Saya dapat tahu suami pergi bercuti dengan isteri ketiga pada hari raya kelima, iaitu pada 5 Syawal, sehari selepas dia berkahwin dengan budak tu. Mereka pergi ke Tambun, Perak.”

“Saya terkejut sebab baru kahwin dengan budak muda, lepas tu boleh bawa pergi honeymoon, bulan madu pulak. Kalau dengan kami ni dia sentiasa je sibuk.”

Sumber: mStar

Azila menceritakan yang dia ada bertanya pada suaminya sama ada betul ke dia pergi bercuti bersama Ayu tapi pada mulanya Karim tak mengaku. Isteri Karim juga menceritakan yang suaminya susah nak balik rumah sejak kahwin dengan Ayu.

“Saya tanya suami, betul ke dia ada pergi bercuti dengan budak tu. Mulanya, dia tak mengaku. Tapi bila saya beritahu ada dapat maklumat dia keluar bersama bini muda tu, baru dia beritahu ada keluar bersama dengan budak tu,” kata Azila yang menetap di Gua Musang, Kelantan.

“Kalau dulu, lebih-lebih lagi masa dia baru kahwin dengan budak tu, seminggu sekali pun susah nak balik. Tapi sekarang ni dah makin kerap, dua atau tiga kali seminggu pulang ke rumah.”

Sumber: Utusan

Tapi lepas dihubungi, Karim menjelaskan yang kunjungan dia ke Tambun dengan Ayu bukan untuk percutian bulan madu tapi cuma bawa isteri mudanya tu bersiar-siar. Dan katanya dorang bukan berdua-duaan tapi ditemani rakan Ayu. Karim jugak menegaskan yang mereka tidak bermalam bersama.

“Bukan honeymoon pun, tapi jalan-jalan saja. Kami balik hari. Mana ada honeymoon, Ayu sekarang tinggal di rumah ibu bapanya.”

Bila ditanya pasal percutian untuk isteri pertama dan kedua, Karim cakap yang dia takde perancangan pasal tu lagi. Tapi kalau isteri-isterinya tu nak jugak pergi bercuti, dia akan pertimbangkan. Hmm..

Boleh percaya ke ni… 

Baca: MAIS Cadang Naikkan Umur Layak Kahwin Dari 16 Ke 18!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.