in

9 Remaja Ditangkap Lepas Pukul 3 Tentera Laut Yang Halang Mereka Main Bunga Api

Cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sembilan remaja telah ditangkap dalam satu kejadian selepas mereka didakwa memukul tiga orang tentera laut. Kejadian dilaporkan berlaku di Pantai California pada Hari Peringatan beberapa hari lalu.


Menurut laporan, tentera laut itu telah diserang secara kejam sepanjang pantai San Clemente, di selatan Los Angeles, oleh sekumpulan 40 remaja yang berada di situ. Difahamkan, serangan dibuat selepas mangsa menegur remaja itu agar berhenti bermain bunga api.

1 1

Pegawai Daerah di situ berkata, empat lelaki dan seorang perempuan didakwa telah menyerang mangsa dengan menggunakan senjata maut pada Selasa lalu. Mereka semua kini ditahan di dewan juvana untuk siasatan lanjut.

Manakala empat lagi merupakan remaja bawah umur dan telah didakwa atas kesalahan menyerang orang awam. Insiden kejam itu berjaya dirakam oleh orang awam dan ia tular secara meluas di media sosial.

2 1

3 1

Menerusi video yang tular, dua tentera itu dilihat cuba untuk pergi dari lokasi tersebut untuk mengelakkan kekecohan berlaku. Bagaimanapun, remaja-remaja itu mengejar mereka lalu memukul salah seorang di bahagian belakang kepala.

Serangan itu akhirnya mencetuskan pergaduhan yang lebih teruk, dengan dua tentera itu diserang oleh sekumpulan besar remaja hanya kerana ditegur agar tidak bermain bunga api di tepi pantai.

Kesian tentera tu…

Kredit: Daily Mail

BACA: Bekas Tentera Sanggup Belasah Ibu Sebab Berang Tak Dapat RM20 Nak Beli Dadah

Capture

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.