Masakan Thai, memang sukar untuk ditolak lebih-lebih lagi bagi mereka yang sukakan pedas. Kalau nak diikutkan sudah banyak restoran masakan Thai di Lembah Klang ini. Contohnya seperti Absolute Thai, Amarin, Sri Ayutthaya dan Boat Noodle, yang sememangnya diketahui ramai tentang kewujudannya.
Kali ini kami kongsikan kepada anda 7 Tempat Perlu Dicuba Jika Anda Peminat Masakan Thai
1. Bangkok House Restaurant
Setiap menu diberi pilihan saiz sama ada anda mahukan saiz kecil, sederhana atau besar. Restoran yang diuruskan sebuah keluarga ini juga menyediakan set berbuka puasa setiap tahun untuk pelanggan yang beragama Islam.
Lokasi: Mempunyai beberapa cawangan sekitar Lembah Klang.
Waktu operasi: 11AM – 11PM (Isnin-Ahad)
2. Little Rara Thai Noodle
Suasana kedai ini pasti akan buat anda rasa seolah-olah anda memang di Thailand sedang menikmati street food. Jangan lupa cuba daging/kambing bakar dan tomyam talay di sini.
Lokasi: Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 5PM – 12AM (Isnin-Sabtu)
[sociallocker id=1666]
3. Mr Tuk Tuk
Namanya bersempena dengan pengangkutan awam di Thailand yang dipanggil ‘tuk tuk’. Jika anda pernah ke Thailand, anda akan rasa familiar kerana kedai ini dihias dengan ‘tuk tuk’, penanda jalan dan wallpaper seperti keadaan sebenar di Thailand. Jika ke sini, boleh cuba Thai Pomelo Salad mereka.
Lokasi: Sunway Pyramid dan Setia City Mall
Waktu operasi: 10AM – 10PM (Isnin-Ahad)
4. Baan Kanom Jeen
Sepadan lah dengan nama restoran, di sini keistimewaan hidangan mereka adalah ‘kanom jeen’ iaitu mee yang sangat nipis diperbuat daripada beras dan dihidangkan bersama kuah, kari dan sos tersendiri. Harga sepinggan kanom jeen bermula pada RM10.90.
Lokasi: F07, G11, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya
Waktu operasi: 11.30AM-9.30PM (Setiap hari / Ditutup pada hari Rabu)
[/sociallocker]
5. Mango Chili
Dekorasi kedai ini sangat ringkas tetapi boleh menimbulkan rasa ceria dan lively. Selain tomyam dan pad thai, deep fried shrimp cake dan green mango salad juga anda perlu cuba di sini.
Lokasi: GF, NEXUS Bangsar South City, No. 7, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur,
Waktu operasi: 10AM – 10PM (Isnin-Ahad)
6. Bangkok Beat Bistro
Beroperasi sejak 2012, Bangkok Beat Bistro bukan sahaja menghidangkan makanan Thai malah beberapa makanan tempatan juga. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk rasa green curry dan spicy papaya with soft-shell crab di sini.
Lokasi: LG32, Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, SS 16, Subang Jaya, 47500 Selangor
Waktu operasi: 10AM – 9.30PM (Isnin-Ahad)
7. Streat Thai
Konsep di sini sedikit berbeza kerana menggunakan gerai kecil untuk menjual makanan mengikut kategori (air, pencuci mulut, dll). Setiap gerai dijaga oleh chef yang didatangkan khas dari Thailand. Cuba fried chicken wings dan braised beef noodle di sini.
Lokasi: 100-G.001, The School, No., 72, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11.30AM – 10PM (Isnin-Ahad)