in

6 Kebaikan Air Kelapa, Sesuai Untuk Orang Bersukan, Bagus Untuk Kulit!

Air Kelapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa suka minum air kelapa? Tahukah anda, air kelapa mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan? Sebenarnya, ada banyak kebaikan air kelapa yang ramai tidak tahu.


Pengambilannya bukan sahaja baik untuk kesihatan secara am, ia juga dapat membuatkan kulit anda jadi glow glowing!

Hampir 95% kandungan air kelapa ialah air kosong. Jadi, ia merupakan minuman yang sangat sesuai untuk mereka yang gemar bersenam atau untuk sesiapa sahaja yang ingin menghilangkan dahaga.

Dalam kawasan tropika, air kelapa telah digunakan secara turun-temurun untuk merawat pelbagai penyakit.

Malah, dalam perubatan Ayurveda, pengambilan air kelapa dapat membantu sistem penghadaman dan mungkin membantu kaum Adam lebih sihat dan ‘subur’!

Jom baca apakah manfaat air kelapa terhadap kesihatan.

6 Kebaikan air kelapa

Kebaikan Air Kelapa
Kredit gambar: majoriti

Di bawah, kami terangkan beberapa manfaat air kelapa dari sudut sains:

1. Memastikan badan mendapat air yang mencukupi

Air kelapa mempunyai manfaat yang setara dengan minuman sukan. Namun, kandungan gula, kalori dan karbohidratnya lebih rendah, menjadikan air kelapa alternatif yang lebih sihat.

Selain itu, air kelapa juga mengandungi elektrolit seperti potassium, sodium dan magnesium. Kesemua jenis elektrolit ini dapat membantu badan kekal hidrat, terutamanya ketika bersenam.

2. Kaya dengan potassium

Tahukah anda, kebanyakan orang tidak mendapat garam potassium yang mencukupi? Mineral ini mempunyai tugas yang sangat penting, salah satunya adalah untuk mengeluarkan segala lebihan garam melalui air kencing.

Bukan itu sahaja, air kelapa juga dapat menurunkan tekanan darah!

3. Rendah kalori

Setiap 230 ml air kelapa, di dalamnya terkandung 40-60 kalori. Rendah bukan? Jika anda sukakan rasa air kelapa, anda boleh tambahkannya dalam diet harian.

4. Rendah lemak dan kolesterol

Air Kelapa

Air kelapa bebas lemak dan kolesterol. Walau bagaimanapun, elakkan pengambilan air kelapa yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Jika tidak, sia-sia sahajalah anda beriya-iya minum air kelapa untuk tujuan kesihatan.

Selain itu, usia air kelapa juga memainkan peranan. Semakin tua kelapa tersebut, semakin banyaklah nutrisi yang akan hilang. Rasanya juga akan menjadi semakin pelik!

5. Dapat mengelakkan batu karang

Berita gembira untuk penghidap batu karang!

Air kepala dapat mengurangkan risiko batu karang kerana ia boleh mengeluarkan lebihan potassium, klorida dan sitrat yang terkandung dalam air kencing.

6. Kulit yang lebih sihat

Air kelapa juga mungkin dapat mengurangkan jerawat. Malah, satu lagi kebaikan air kelapa yang mungkin ramai tidak tahu ialah kemampuannya untuk mengurangkan jerawat!

Untuk pengetahuan anda, air kelapa mengandungi sifat antimikrobial. Ia juga merupakan sejenis antioksidan yang dapat mengurangkan kesan radikal bebas pada kulit.

Baca: Patutlah segar je lepas minum! Air Kelapa Boleh Jadi Alternatif Kepada Air Isotonik

Air Kelapa

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.