in

“Mengarut je cakap tak boleh minum, lepas tu suruh beli produk samp*h” – ‘Makcik Bawang’ Larang Ibu Hamil Minum Air Kelapa, Ini penjelasan Dr Imelda

Combine Dr Kelapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau cuaca panas mesti kita akan cari something yang boleh melegakan tekak contohnya air kelapa. Pernah tak korang dengar cerita daripada sesiapa yang mengatakan air kelapa ni tak bagus untuk wanita hamil.


Kalau pernah korang patut dengar penjelasan daripasa doktor ni.

Dr Imelda Balchin yang merupakan seorang Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ berkata berkata bahawa itu semua hanyalah mitos dan mengarut sahaja, lapor Mstar.

Katanya, air kelapa mengandungi banyak khasiat mineral yang bagus untuk diminum oleh wanita sedang datang haid, sedang hamil dan selepas bersalin. Ok, baru tau ni.

Imelda

“Nasihat ‘makcik bawang’ sangatlah mengarut dan tidak berdasarkan fakta. Lepas tu suruh beli produk samp*h pula”

Tambahnya lagi, air kelapa juga turut bagus jika diminum selepas bersukan.

Air kelapa muda ialah nikmat kurniaan daripada Tuhan yang mengandungi banyak khasiat selepas bersukan. Di negara panaslah pokok kelapa tumbuh dan juga manusia lebih kerap untuk berpeluh sampai memerlukan lebih penggantian mineral sodium, potassium dan magnesium, katanya.

Air Kelapa Dan Hamil

Pada masa yang sama, Dr Imelda menyuruh untuk para penjual produk di luar sana untuk menghentikan penjualan produk ‘sampah’ di media sosial.

Kalau nak sihat kena lah amalkan gaya hidup yang sihat, betul tak ?

Baca : Jom Try! Ini 4 Perkara Yang Korang Boleh Cuba Untuk Kumpul Duit Poket

Duit 1

 

 

 

Sumber: Mstar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.