in

“Patutlah segar je lepas minum!” – Air Kelapa Boleh Jadi Alternatif Kepada Air Isotonik

Untitled Design 2022 03 09T135744.867

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercakap tentang air kelapa mesti ramai yang feeling syahdu di tepi pantai sambil ditup angin laut kan?


Selain itu, air kelapa juga banyak dijual di Malaysia dan menjadi antara minuman yang sangat diminati terutama sekali jika cuaca sedang panas. Lepas dah minum tu mesti rasa segar semacam kan?

Kalau korang nak tahu, air kelapa mempunyai kandungan mineral yang tinggi dan mempunyai pelbagai kebaikan selain daripada rasa yang sedap.

Dalam journal Cambridge, selain pelbagai kegunaan tradisionalnya, minuman segar yang diekstrak daripada buah kelapa baru-baru ini telah dikatakan sebagai “minuman sukan” atau minuman isotonik.

Kajian daripada Jabatan Pemakanan Harvard School of Public Health, minum air kelapa adalah lebih baik berbanding jus buahan dan minuman lain, ia sangat disyorkan untuk atlet yang melakukan latihan berat selama tidak lebih dari 3 jam.

Oleh kerana kandungannya yang tinggi dalam kalium (lima kali lebih tinggi daripada minuman sukan biasa), ia membantu mencegah dan menghilangkan kekejangan.

Bagaimana pun, seorang pakar pemakanan mengingatkan bahawa air kelapa itu memang sedap tetapi ia bukan untuk semua orang.

Menurutnya, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh menapis elektrolit seperti yang dinyatakan dengan baik dan jika pengambilannya terlalu banyak ia akan jadi toksik dan boleh membawa kepada beberapa kesan sampingan.

Sedap juga air kelapa waktu macam ni.

Baca: “Mengarut je cakap tak boleh minum, lepas tu suruh beli produk samp*h” – ‘Makcik Bawang’ Larang Ibu Hamil Minum Air Kelapa, Ini penjelasan Dr Imelda

Untitled Design 2022 03 09T135016.272

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.