in

26 Penumpang Bas Ekspres Derita Digigit Pepijat Dari Kuala Lumpur ke Singapura

Bug

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 26 Disember lalu, 26 penumpang bas kelas pertama alami pengalaman ngeri selepas digigit pepijat dalam perjalanan menuju Singapura selama 8 jam.


Penduduk tetap Singapura, Hannah Zekie, 29, merupakan salah seorang penumpang di dalam bas Starmart Express dan beliau telah berkongsi kisah pengalamannya bersama penumpang lain di Facebook.

Post Hannah kemudian menjadi viral dan mendapat sehingga lebih 11ribu shares.

B 2
sumber: facebook | hannah zekie

Bas tersebut memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada jam 4 petang dan tiba di Singapura pada jam 1 pagi.

“Saya tidur sebaik sahaja menaiki bas. Selepas satu jam, seluruh badan saya mula berasa gatal. Saya cuba sentuh bahagian belakang badan saya dan dapat rasakan ada lebam. Pada mulanya saya anggap ia adalah alahan pada kulit, tetapi kemudian saya dapat tahu selepas ternampak pepijat di jaket. Saya terus memberitahu pemandu bas tersebut.” katanya.

Bagaimanapun, pemandu itu tidak mahu dengar aduan Hannah dan berkata bas itu tidak digunakan selama 2 minggu. Beliau malah menuduh Hannah tidak membasuh baju dan memakai pakaian yang kotor.

“Katanya jika betul ada pepijat, kenapa saya seorang sahaja yang mengadu sementara penumpang lain berdiam sahaja.” kata Hannah lagi.

Maamt

Hannah kemudian duduk di kerusi hadapan tanpa memakai tali pinggang keledar sehingga sampai ke destinasi persinggahan. Tiba di destinasi persinggahan, Hannah sudah tidak dapat menahan sabar dan terus menanyakan penumpang lain tentang pepijat itu. Rupa-rupanya, mereka juga mengalami nasib yang sama tetapi memilih untuk berdiam diri sahaja, lapor Straits Times.

Ketika menaiki bas semula, penumpang semua tidak mahu duduk dan mula menghalau pepijat itu.

B7 1
sumber: facebook | hannah zekie
B1 1
sumber: facebook | hannah zekie
B9
sumber: facebook | hannah zekie

“Kami minta untuk menaiki bas yang lain tetapi tiada bas untuk menggantikan bas itu kerana jadual padat di musim perayaan. Kami tiba di kastam pada tengah malam dan selepas menunggu bas yang lain tiba selama satu jam, pemandu bas itu meminta kami untuk sabar dan menunggu lebih lama. Kami tiada pilihan dan terpaksa menaiki bas yang dipenuhi pepijat itu. Namun, tiada seorang pun yang duduk.” komen Hannah.

Keadaan menjadi sangat teruk sehinggakan beberapa penumpang berdiri selama 3 jam untuk mengelakkan diri daripada digigit pepijat. Hannah pula memilih untuk menyarung seluar panjang dan baju lengan panjang supaya tidak digigit.

Bagaimanapun, pepijat itu tetap masuk ke dalam pakaian dan mengigit bahagian belakang badan, lengan serta paha beliau. Hannah menganggarkan dirinya digigit pepijat itu lebih daripada 30 kali.

B6 1
sumber: facebook | hannah zekie
B10
sumber: facebook | hannah zekie

Menurut Straits Times, Hannah membelanjakan sebanyak $70 (RM216) untuk tiket bas itu dan $64 (RM197) untuk mendapatkan rawatan selepas digigit pepijat. Beliau juga telah menuntut syarikat bas itu refund tambang tiket serta menampung perbelanjaan perubatannya.

B5 2
sumber: facebook | hannah zekie

Penolong Pengarah Starmart Express Singapura, Mr. Ravindran berkata bas tersebut sudah dibawa servis dan dihantar ke ibu pejabat untuk pemeriksaan.

Kesian penumpang tu semua, terpaksa menahan derita selama 8 jam.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.