in

“200 peratus hati-hati”- RARE! Jurugambar Ajak Pengantin ‘Berendam’ Dalam Air Terjun Untuk Gambar Kahwin

Cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang lain daripada yang lain gambar kahwin pengantin ini.


Ada sorang jurugambar ini yang bernama Azyan Syazwani Rozik atau lebih mesra dikenali sebagai Azyan menunjukkan hasil kreatif photoshoot dia bersama pasangan pengantin yang dikenali sebagai Lia dan Zaidi di kawasan air terjun di Hulu Langat Selangor pada hujung Mac lalu.

Menerusi perkongsian gambar di Facebook milik Azyan Syazwani Rozik baru-baru ini, korang boleh tengok ada satu pasangan pengantin ini bergambar dengan berbaju kahwin sambil berendam dalam air. Unik betul.

166224301 4537320842987042 7575864829668502705 N

Pada mulanya, pasangan pengantin itu segan tapi lepas diyakinkan oleh Azyan, diorang terus setuju dan anggap penggambaran ini sebagai satu pengalaman sekali seumur hidup.

“Saya nak tampilkan elemen alam semula jadi dalam potret bahagia pasangan itu.”

166401787 4537321079653685 6027582538641696666 N

Sebelum mula penggambaran, Azyan pesan siap-siap kepada pasangan pengantin ini untuk bawa baju tambahan sebab nanti confirm baju kahwin diorang basah lepas berendam dalam air.

Menurut mStar, Azyan sempat memperincikan proses penggambaran bersama pasangan pengantin itu yang cuma mengambil masa kurang daripada dua jam sahaja. Ambil masa sekejap je tapi dia punya challenge tu fuh!

165561330 4537321646320295 475726911393938000 N

“Kebetulan baru lepas hujan, saya sendiri masuk dalam air dan paras air sampai ke dada. Memang kena angkat tangan tinggi dan perlu 200 peratus hati-hati sebab nak jaga kamera.”

Selain itu, Azyan risau juga sebab batu-batu dekat situ licin-licin, so, betul-betul kena berhati-hati.

Tapi, Azyan bersyukur sangat sebab hasil gambar daripada penggambaran yang mencabar itu membuahkan hasil yang berkualiti dan pasangan tersebut pun gembira bila tengok hasil fotografi tersebut.

165981124 4537320782987048 5022776583153142998 N

Bukan selalu kan korang tengok orang amik gambar dalam sungai, memang rare betul!

 

Sumber: mStar

Baca: Lelaki Nyaris Maut, Kepala Terhentak Batu Lepas Buat Terjunan Dari Air Terjun Setinggi 30 Kaki

Capture 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.