in

“Yelah orang tua mana lagi?” – Wanita Bengang Doktor Klinik Seksyen 7 Biadap, ‘Sound’ Emak Sesuka Hati

Kurang Ajar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu juga sebenarnya kita dengar tentang kisah doktor atau pegawai perubatan di hospital mahupun klinik berkasar dengan pesakit. Tapi kali ini admin rasa ia agak kurang ajar kerana ia melibatkan warga emas yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Menerusi satu posting yang viral di Twitter, netizen ini berkongsi kisah perit yang dihadapi ibunya apabila wanita tersebut telah diherdik oleh seorang doktor di sebuah klinik Seksyen 7. 


 

“Apa perasaan korang bila mak korang yang tak tahu membaca, mengeja dan memang kena ada orang control, kena kurang ajar dengan doktor???” 

Menurut netizen bernama Jannah ni, emaknya telah ke klinik baru-baru ni untuk mendapatkan rawatan di sana. Kebetulan semasa menunggu di ruang klinik, emaknya tak dengar doktor panggil namanya.

Bila emak netizen ni tanya balik semula, tak pasal-pasal pulak doktor tersebut herdik emaknya. Nak masuk ke bilik rawatan pun tak boleh berteman katanya, walaupun emaknya mahu anak meneman sebab dia tak reti nak jelaskan sakit pada doktor. Haih! 

Ka1

Efdxrc2Ucaetezb

Ka 2

Efdxr7Uu8Aekgw6
sumber: twitter

 

“Dari dulu lagi nurse dari situ biadap. Doktor kat hospital pun sama je. Member aku pernah kena” 

Rupa-rupanya bukan emak si Jannah ini saja pernah jadi mangsa. Ada ramai lagi di ruangan Twitter memberitahu perkara yang sama. Mereka juga alami situasi dimarah dan diherdik doktor serta jururawat di klinik berkenaan.

Siap ada yang tunjuk review di Google lagi mengenai klinik tersebut. Sah semuanya bagi review 1 star je! Adoi. Apa punya teruklah… 

Biadap

Efnbgj U8Ai4Xmi
sumber: twitter

 

“Jangan bagi peluang dia buat perkara yang sama pada orang tua lain dik. Boleh report…” 

Kebanyakan netizen juga pada masa yang sama mencadangkan Jannah supaya membuat laporan dan aduan kepada pihak bertanggungjawab termasuklah Biro Pengaduan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri berhubung perkara ni. Kesian kat warga emas yang kena marah tu. 

Lapor
sumber: twitter

Dalam pada itu, Jannah memberitahu yang ketua perubatan di klinik berkenaan sudahpun menghubunginya dan memohon maaf akan apa yang terjadi. Pihak atasan juga katanya akan siasat isu ini.

Adik
sumber: twitter

Apa-apapun harap perkara macam ni tidaklah berulang lagi. Kalau doktor dan nurse semua garang-garang, macam mana patient tak takut nak datang hospital. Kan?? 

Baca: “Bila cakap nak viral baru kejar nak buat” – Gadis Kesal Klinik Tolak Rawat Pakcik Cedera Dipukul

Kk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.