Setiap orang yang sakit pastinya memerlukan layanan yang baik terutamanya dari pihak yang merawat di klinik atau hospital. Baru-baru ini, tular satu luahan perasaan di Facebook, di mana seorang gadis menyatakan rasa tidak puas hati dengan servis diberikan sebuah klinik di Selayang Jaya.
Menurut gadis tersebut yang dikenali sebagai Fahana, dia berada di farmasi ketika terserempak dengan seorang pakcik India dengan keadaannya yang menyedihkan. Menurutnya, pakcik itu baru sahaja dipukul menyebabkan kepalanya berdarah dan lebih teruk lagi, kad pengenalannya telah dicuri.
Gadis itu terus membawa pakcik berkenaan ke klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun setibanya mereka di klinik, staf telah menolak untuk merawat pakcik itu kerana ketiadaan kad pengenalan selain tidak mengingati namanya.
Mereka kemudian menyuruh gadis itu untuk membawa pakcik tersebut ke klinik bersebelahan dan malangnya, klinik berkenaan juga tidak dapat merawatnya kerana ketiadaan doktor dan alatan mencuci luka.
“Fahana dah cakap, bil dia Fahana yang bayar, minah cina tu tetap kalau nak cuci kena ambil nombor IC, tak ada IC tak boleh cuci. Sekarang ni kes kecemasan berdarah tak boleh ke buat dulu ni tanya-tanya lagi dengan pakcik pening-pening lalat je.”
Menurut gadis tersebut, walaupun dia memberitahu bahawa dia akan menanggung kos rawatan, staf mereka tetap tidak mengambil endah dan bertanya bermacam-macam soalan kepada pakcik itu.
“Tolonglah.. Ni tengok pakcik ni pun nampak macam jijik pastu cakap Fahana pakcik ni tak betul.
“Bila cakap nak viral baru kejar nak buat tak payah aku cari klinik lain,” katanya.
Fahana melalui ruangan komen di post itu kemudian memberitahu bahawa dia telah membawa pakcik tersebut ke klinik lain yang kemudian memberikan rawatan lanjut.
“Dahi tu berlubang sikit tapi tak perlu dijahit darah pun dah stop“
Menurutnya, pakcik tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius. Lukanya hanya perlu dicuci dan tiada jahitan yang perlu dibuat.
“Wahai kawan-kawan tak kisah lah bangsa apa pun kita, agama apa pun kita, waras atau tidak bantu lah jika kecemasan macam ni terutama dlm kes kecederaan.”
Kalau dah nama pun klinik, tak ada alasan untuk tidak terima pesakit kan? Bayangkanlah kalau benda yang sama terjadi pada bapa kita. Bagaimana agaknya?
Semoga sifat baik gadis ini dapat jadikan sebagai contoh pada kita semua 🙂
Baca: Lelaki Transeksual Luah Rasa Sedih Diberi Layanan Buruk Oleh Doktor di Klinik Mediviron