“Weh sumpah aku tak pernah tau” – Adik Ni Ajar ‘Lifehack’ Baru Cara Nak Buang Makeup Dekat Muka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Zaman sekarang ni ramai orang share lifehack tak kesah pasal masakan, kerja-kerja rumah atau pun makeup. Kadang-kadang lifehack yang dikongsikan tu ada yang memudahkan dan ada juga yang tak. Ianya bergantung dengan cara individu tu buat. Orang perempuan mesti akan tertarik dengan lifehack berkaitan dengan makeup kan ?

Viral di Twitter melalui akaun @iemanhusna dimana dia berkongsi satu video berdurasi hampir 2 minit yang memaparkan seorang budak perempuan menunjukkan cara lain untuk buang makeup dekat muka menggunakan cotton pad dan makeup remover.

Korang boleh tengok video tu cara adik ni buang makeup di muka. Dia hanya perlu meniup cotton pad yang dah dituang dengan makeup remover dan buih akan keluar daripada cotton pad tersebut. Amboii bijak ye adik ni. Admin pun tak pernah tau 

Lepas tu, buih yang keluar dari cotton pad tu akan disapu ke muka. Ramai netizen terhibur dengan perbuatan adik ni malah mereka juga tak tahu ada cara lain untuk buang makeup kat muka. Bijak adik ni. 

Tahniah dik. Nanti akak cuba

Seriuslah boleh jadi sabun camtu?

Baca : “Terhibur weh” – Netizen Terhibur Tengok Budak Ini Joget Sambil Menangis

 

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Rofiie

Suka dengan aktiviti lasak. Juga penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan. Maybe lagi selesa pakai sneakers daripada heels