Tak Perlu Mahal! Ini Cara Wanita Berjaya Pulihkan Kulit Muka Dengan Produk Drugstore Je

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi yang ada masalah jerawat, korang memang faham sangat kan betapa strugglenya kita nak pulihkan kulit muka. Selalunya nak kena pergi jumpa pakar kulit dulu baru lah nak elok takpun orang kata kena guna produk yang mahal-mahal tu.

Ada jugak orang kata kita kena minum air banyak-banyak nak suruh kulit cantik dan macam-macam lagi lah benda lain yang agak leceh nak dibuat. Tapi seorang wanita bernama Malia Khan kat Ontorio, Kanada ni buktikan yang dia boleh pulihkan masalah jerawat tanpa bantuan pakar kulit mahupun doktor.

Muka jerawat teruk bertahun-tahun

Malia ni ada masalah jerawat yang cystic and hormonal yang sangat teruk. Benda ni dah bertahun-tahun dia alami sebelum jumpa cara yang akhirnya berjaya pulihkan wajah dia. Malia dah pernah cuba macam-macam kecuali ubat doktor.

Katanya dia bimbang akan dapat kesan sampingan di masa akan datang kalau makan ubat untuk hilangkan jerawat. Tapi Malia akhirnya dah jumpa cara untuk pulihkan kulit hanya dengan produk drugstore.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

7 langkah pulihkan kulit wajah

Hanya guna produk drugstore yang harganya tidak terlalu mahal dan mudah didapati, Malia kongsikan tujuh langkah yang dilakukannya untuk dapatkan wajah bebas jerawat.

1. Bersihkan wajah daripada mekap secepat mungkin

Malia guna makeup remover Neutrogena dan bersihkan sekali lagi guna micellar water yang diletakkan kat cotton pad.

 

Sumber: Twitter

 

2. Exfoliate kulit muka

Yang ni memang boleh kata scrub paling femes la kat Malaysia. Malia gunakan St. Ives Apricot Scrub untuk halang breakouts kat kulit.

Sumber: Twitter

 

3. Campur sedikit tea tree oil dalam cleanser

Ni satu tips berguna. Malia campurkan 1-2 titik tea tree oil dalam cleanser dia sebelum cuci muka. Dia guna pencuci muka Murad Clarifying Cleanser.

Sumber: Twitter

 

4. Guna toner

Malia guna First Aid Beauty Facial Radiance Pads sebagai toner untuk kurangkan hyperpigmentation

Sumber: Twitter

 

5. Dua cara hilangkan parut jerawat

Malia bergilir-gilir cara ni setiap hari. Kalau hari ni buat A, esok dia akan buat B pulak.
a. Sapu Kate Sommervilles pada parut jerawat
b. Guna Derma Roller – benda ni akan prick kulit dan stimulate pertumbuhan collagen

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

 

6. Letak tea tree oil kat breakouts tu, biarkan dia then lepas tu pakai moisturizer

Sumber: Twitter

 

7. Sapu diaper rash cream

Bunyi macam mengarut, tapi Malia kata bahan dalam krim ni boleh bagi calming effect kat kulit kita. Yang ni Malia tak nyatakan jenama apa, tapi korang boleh pilih yang paling sesuai dengan kulit korang.

Lepas beberapa bulan Malia buat rutin ni, dia dapat kulit bersih sempurna dalam masa tujuh bulan.

Nampak macam dia tak pernah ada jerawat pun sebelum ni! Wow! Kalau rasa susah nak cari barang-barang ni, korang boleh refer list kat bawah ni.

Baca: 10 Produk Paling Bagus Untuk Orang Malaysia Yang Ada Masalah Kulit Berjerawat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.