in

Warga Emas Dijanjikan Dapur Baru Sejak Tahun Lalu Namun Diberi Harapan Palsu Oleh Wakil Rakyat

Dapur Roboh

Bagi yang kurang berkemampuan, bantuan dari wakil rakyat dan pihak NGO sangat dialu-alukan. Lagipun kepada siapa lagi pihak sebegini hendak menabur bakti, kan? Namun ia menjadi sesuatu yang tidak sedap didengar apabila janji yang ditabur pihak berwajib ini hanyalah janji palsu semata-mata.

Menerusi sebuah perkongsian Persatuan Makcik Puaka di laman Facebook, sumber telah berkongsi kisah mengenai pasangan uzur yang teraniaya angkara harapan palsu yang diberikan oleh seorang wakil rakyat.

Berikut apa yang ditulisnya:

“Assalamualaikum rakyat Malaysia yang dikasihi. Ketika hari raya yang lalu, saya dan keluarga pulang berhari raya di kampung kami Kg. Parit Gantung, Penggaram, Batu Pahat.”

“Kami mengambil kesempatan melihat suasana kampung pada kesempatan pulang untuk Aidilfitri kali ini. Perhatian saya tertumpu pada satu rumah usang di kampung ini. Saat orang lain berhias bagi menyambut Aidilfitri, rumah ini cukup sayu mengalu-alukan Aidilfitri,” katanya.

Menurut sumber, kedua-dua penghuni rumah tersebut iaitu Pakcik Sapiee dan Makcik Patonah tidak mampu bekerja oleh kerana faktor usia dan penyakit yang dihadapi mereka. Mereka kini hanya bergantung dengan wang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bernilai RM300 sebulan.

Sungguhpun mereka mempunyai tiga orang anak, dua daripadanya sudah bekerja walaupun dengan gaji tak seberapa. Manakala seorang lagi sedang menuntut di peringkat ijazah dI Universiti Putra Malaysia.

Apa yang membuatkan sumber berasa sayu melihat keluarga tersebut ialah keadaan rumahnya yang usang. Menurutnya,

Hati mana yang tak sayu melihat rumah bersaiz khemah perkahwinan ini hanya berdindingkan kayu usang tanpa tandas dan dapur.” 

Tandas kepung diluar hanya cukup untuk mandi dan buang air kecil sahaja. Tiada kemudahan untuk membuang air besar!”

19665170 1061145327354648 7793115177189496800 N
sumber: facebook
19642216 1061145354021312 3269843302375854902 N
sumber: facebook

Namun yang menambah sakit hatinya ialah apabila pakcik dan makcik ini sebenarnya mangsa kepada ‘janji yang dicapati’ oleh seorang wakil rakyat.

“Dahulu beliau (mangsa) mempunyai dapur usang yang terus ke rumahnya, mungkin nasib orang susah ada saja pihak mahu mengambil kesempatan, maka katanya pada 2016 seorang wakil rakyat Penggaram dan orang-orangnya telah datang,” beritahu sumber.

Menurutnya, mereka telah merobohkan dapur usang tersebut dan berjanji akan memberi peruntukan dan bantuan untuk membina dapur baru. Pun begitu janji hanya tinggal janji.

19732233 1061145407354640 3665139478290155939 N
sumber: facebook
19756371 1061145430687971 7626326059815699534 N
sumber: facebook

Selepas merobohkan dapur lama, ambil gambar, sehingga sekarang tiada satu pun janji itu ditunaikan. Akhirnya, lompong yang dirobohkan itu terpaksa ditutup dengan kain rentang!” 

Sedihnyaa! Takkan tak rasa bersalah buat orang susah macam tu?

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian media dan netizen yang seterusnya mencembuh mangsa sebagai seorang yang pemalas kerana tidak bekerja untuk membaiki nasib diri, lapor Harian Metro. Wehh cepatnya korang menghukum!

Sapiee Kamisan, 59, mengakui dia sudah tidak bekerja sejak dua tahun lepas akibat penyakit kencing manis yang dihadapinya dan dia juga terpaksa berulang-alik ke Klinik Kesihatan Bagan setiap hari untuk mencuci lukanya.

Usang
sumber: harian metro

Isterinya pula, Siti Patonah Taha, 59, mengambil upah mengurut dengan pendapatan sebanyak RM20 seorang, namun hasilnya tidak menentu.

Malah menurutnya, meskipun sudah menerima bantuan dari JKM dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), ia masih tidak mencukupi untuk membaiki rumahnya. Walau bagaimanapun, pasangan ini tidak berputus asa dan masih sabar dalam mencari rezeki.

Bagi mereka yang ingin membantu, anda boleh saja salurkan bantuan ke alamat rumah Pakcik Safiee sendiri seperti di bawah:

PGL 9, Parit Gantung Laut, Mukim 5, 8300 Batu Pahat, Johor.”

Semoga ada pihak berwajib mahupun mereka yang bermurah hati untuk membantu keluarga yang di dalam kesusahan ini. Setiap kebaikan akan dibalas sejuta kebaikan lagi yang menggunung.

Baca: Anak Kecil Terpaksa Tinggal Bawah Tangki Air Kerana Ibu Bapa Tidak Berduit dan Menagih Dadah

Merempat