in

Wanita Bahagia Jatuh Cinta Dengan ‘Gay Partner’ Bekas BF & Melahirkan Anak Mak Nyah Ini

Jeff3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka hikmah bila dapat tahu pasangan curang itu sebenarnya adalah pembina masjid hubungan.


Kisahnya apabila ada seorang wanita ini tak sangka jatuh cinta dengan partner baru bekas teman lelakinya dan kini mempunyai anak hasil hubungan mereka.

 

Kantoi BF curang

Woman Falls For Her Boyfriends Gay Paramour And Gets Impregnated By Him World Of Buzz 3
Sumber : wob

Wanita yang bernama Angelica Mabuhay mula viral apabila dia muncul dalam satu rancangan bual bicara di Filipina “One At Heart, Jessica Soho” dimana kisah cinta Angelica ini menarik perhatian umum.

Ceritanya begini, Angelica ada berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama “Justin” pada sekitar pertengahan tahun 2015.

Menurut sumber Nextshark, selepas beberapa bulan  mereka berkenalan dan semakin rapat, mereka mula menjalinkan hubungan cinta.

“Saya sangat jatuh cinta dengannya, kalau saya kehabisan kredit prabayar, saya sanggup tambah nilai untuk menghubunginya”

Bagaimanapun ‘keindahan’ hubungan mereka ni tak bertahan lama. Beberapa bulan lepas tu, Justin seolah-olah nak menjauhkan diri, sikapnya membuatkan Angelica ni rasa pelik dan nak kaji selidik.

” Saya dapat rasakan yang dia ni curang, ada perempuan lain. Saya stalked dia di Facebook, geledah segala mesej dalam telefon dia..Rupa-rupanya dia memang ada keluar dengan wanita lain, dan ada gambarnya “

 

BF curang dengan mak nyah!

Woman Falls For Her Boyfriends Gay Paramour And Gets Impregnated By Him World Of Buzz 4
Sumber : wob

Ia terbongkar bila Justin dapat satu tag invitation daripada seorang wanita ini untuk mengubah relationship status. Dari situ Angelica dah dapat tahu bahawa Justin curang dengannya.

Dia juga dapat tahu identiti teman wanita barunya itu. Lebih mengejutkan lagi ‘perempuan’ tu sebenarnya mak nyah!

Dari situ Angelica dapat tahu yang bf dia sebenarnya spesis kunyit! Name pasangannya itu ialah Jeffrey. Setelah hubungan mereka terputus, Angelica ada menghubungi Jeffrey.

 

Jadi BFF dengan ‘partner’ baru ex-boyfriend

Jeff2
Sumber : youtube

Rupa-rupanya Jeffrey tak tahu yang Justin sebenarnya dah ada girlfriend pada waktu itu. Tanpa disedari mereka berdua dah mula berkawan, persahabatan mereka ni makin akrab sampai boleh jadi BFF bila Jeffrey dah broke up dengan Justin.

Tak lama kemudian hubungan makin rapat sampai Angelica yang propose Jeffrey.

 “Jeffrey sangat baik. Dia berbeza dari semua lelaki lain dan saya sangat menyukainya. Saya mencadangkan idea untuk kita bersama … dan dia berkata ya.”

Dari BFF terus jadi boyfriend

Woman Falls For Her Boyfriends Gay Paramour And Gets Impregnated By Him World Of Buzz 7
Sumber : wob

Walaupun Jeffrey ni gay dan keliru dengan perasaannya, dia tetap memberi peluang kepada Angelica. Bagaimanapun, hubungan mereka pernah goyah apabila Angelica dapat tahu Jeffrey ada hubungi Justin serta flirting lelaki lain.

Jeffrey pernah defend dirinya sampailah Angelica minta kata putus samada memilih dirinya atau lelaki-lelaki di luar sana, jawapannya ialah

“Saya pilih Angelica, wanita yang betul-betul cinta dan menyayangi diri saya”

 

Angelica melahirkan anak Jeffrey

Woman Falls For Her Boyfriends Gay Paramour And Gets Impregnated By Him World Of Buzz 6

Jeff

Jadi, mereka pun meneruskan perhubungan mereka, sampailah melahirkan anak lelaki. Kini mereka sedang membesarkan anak mereka.

Haa nampak jangan pandang rendah pada orang macam ni tau!

“Biarpun kehidupan ini agak sukar, gaji tak berapa cukup, saya mampu uruskan kewangan untuk membesarkan anak kami. Saya gembira sangat lepas balik kerja untuk menjenguk anak saya. Segala letih dan penat terus hilang”

Kisah mereka ini telah menambat hati netizen di media sosial, dikongsi lebih daripada 35,000 di Facebook.

Netizen semua memberi sokongan dan dorongan atas hubungan mereka.

“Saya rasa saya kena cari lelaki gay”

“Kisah yang menarik, moga kalian dirahmati tuhan”

“Kisah menarik, seorang lelaki gay lagi bagus menggalas tanggungjawab daripada lelaki biasa”

Waahh! nampak tak? Manusia boleh berubah, tapi ini cerita luar, kalau cerita dalam Malaysia ni bernikah lah dulu.

Moga-moga bro Apit dan bang Jat temui ‘cinta sejati’ mereka.

 

Baca : “Maafkan Apit mak & ayah” – Sertai Kem Transgender Ebit Lew, Netizen ‘Support’ Safiey Illias Untuk Istiqamah Berubah

Aaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.