in

Viral Dengan Pelakon Taiwan, Ini 5 Perkara Tentang Nazif Najib

Page Nazif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dato’ Mohd Nazifuddin Najib merupakan nama yang asyik disebut-sebut semenjak dua menjak ni. Lagi-lagi dengan skandal barunya di Taiwan.


So, siapa sebenarnya Nazifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Nazif ni? Viral dengan pelakon Taiwan, ini lima perkara tentang Nazif Najib.

 

1. Anak bongsu Najib dengan bekas isteri

Nazif merupakan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bersama dengan bekas isteri, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Beliau mempunyai seorang abang, Mohd Nizar dan seorang kakak, Puteri Norlisa daripada ibu yang sama manakala dua lagi adik beradik tiri, hasil perkahwinan bapanya dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

G1
sumber: facebook

 

2. Bertugas sebagai Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

Beliau adalah graduan dari Universiti American Intercontinental dengan ijazah dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa dan juga seorang yang berpengaruh. Nazif merupakan seorang pengerusi, pengarah dan pengasas pelbagai syarikat sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Beliau merupakan Setiausaha Agung MOM selepas meraih 49 undi sekaligus mengalahkan Datuk Low Beng Choo dengan hanya perbezaan satu undi bagi penggal 2018-2021.

G2
sumber: bernama

 

3. Rapat dengan ibunya

Sekali-sekala meluangkan masa dengan ibu tersayang… #mother #mom #dinner #momattack

Posted by Nazif Najib on Tuesday, November 21, 2017

Walaupun Nazif busy dengan komitmen kerjanya, namun, tak dapat disangkal beliau amat rapat dengan ibunya. Mereka sering meluangkan masa bersama dan Nazif pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk berkongsi momen mereka bersama di dalam Facebook. Nazif juga sering kali meluahkan betapa susah untuk bersama bapanya kerana bekas PM itu sangat sibuk dalam mentadbir negara.

 

4. Penyokong tegar bapanya

Walaupun jarang dapat meluangkan masa bersama dengan bapanya, Nazif merupakan penyokong tegar Najib. Sebelum ini Nazif pernah memberitahu bahawa tindakan diambil kerajaan terhadap bapanya itu menunjukkan keadaan politik semasa di Malaysia hanya berpaksikan dendam semata-mata. Beliau juga mengatakan bapanya sanggup menghadapi penderitaan akibat pertuduhan pecah amanah dan rasuah seandainya ia dapat membahagiakan rakyat Malaysia.

"Peluang terbaik saya bersalaman dengan beliau di Majlis keramaian tanpa halangan. Kelihatan ayahanda dalam keadaan yang…

Posted by Nazif Najib on Sunday, July 9, 2017

 

5. Skandal dengan pelakon Taiwan

Nazif telah dilihat meluangkan masa bersama dengan pelakon Taiwan, Celia Zhang di sana. Bukan sekadar menjamu selera di restoran stik, beliau turut pergi ke spa bersama dan dilihat menikmati wine merah dan juga turut bermesra-mesraan. Sebagai seorang Islam dan public figure, pastinya perbuatan beliau mendapat kritikan yang hebat lagi-lagi aksinya itu berlaku sehari selepas bapanya dituduh di Malaysia.

D1
sumber: lobak merah

Banyak lagi tentang Nazif yang kita tidak tahu dan tidak banyak mengenai beliau yang dilaporkan di mana-mana. Yang pasti, beliau merupakan manusia biasa yang amat sayangkan kedua ibu bapanya.

Nazif ni rapat dengan ibunya rupanya…

Sumber: Nazif Najib, Facebook

Baca: Kena Hina Sebab keluar Dengan Anak Najib

Page Anak Najib 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.