in

[VIDEO] Jiran Telefon Polis Lepas Dengar Suara Wanita Merintih Minta Tolong, Rupa-rupanya…

Aaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Burung kakak tua sangat terkenal dengan kebolehan mengajuk kembali apa yang disebut oleh sesiapa. Namun lain pula yang terjadi selepas ‘anugerah’ burung ini disalah erti.


Kedengaran bunyi seperti wanita yang meminta tolong membuatkan jiran ‘wanita’ itu bertindak pantas dengan segera menelefon polis untuk melaporkan apa yang berlaku.

Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Florida, Amerika Syarikat dan ‘detik-detik kecemasan’ ini berjaya dirakam melalui kamera keselamatan rumah tersebut.

Parrot Sounds Like Woman

This man gets a police visit for the strangest reason ? Via ViralHog

Posted by Don Benjamin on Sabtu, 13 Jun 2020

Pada awal nya, seorang lelaki yang sedang membaiki keretanya di halaman rumah itu tersentak dengan kehadiran pihak polis.

Namun setelah ditanyakan berkenaan suara itu, lelaki tersebut hanya ketawa kecil dan menawarkan diri untuk menunjukkan dari mana datangnya suara tersebut.

1 12

2 10

Polis itu turut terkejut dan tidak percaya apabila suara yang seakan rintihan wanita itu datangnya dari burung kakak tua itu.

Burung yang diberi nama ‘Rambo’ itu dikatakan telah dibela olehnya sejak dari kecil dan sekarang ia berusia 40 tahun! Menurutnya lagi, Rambo telah diajar untuk meminta tolong ketika dia masih kecil untuk menakut-nakutkan ibu bapanya.

Burung kakak tua spesis yellow-naped Amazon itu dengan bangga menunjukkan kebolehannya apabila turut meniru ayat polis tersebut. Style kan burung ni, pandai buat fitnah sekali…haha

 

Baca: “Teruknya perangai” – [VIDEO] Wanita China Sanggup Tarik Ekor Dan Pegang Kepala Burung Merak Demi Sekeping Gambar

F.b 13

Sumber: BoredPanda
Sumber: BoredPanda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.