in

Tular Video Ustazah ‘Promote’ Suplemen Minda Depan Kaabah, Ini Respon ‘Sentap’ Dari Ustaz

Page Suplemen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang video seorang ustazah yang mempromosikan suplemen minda di depan Kaabah. Lebih mengejutkan apabila dirinya mendakwa bahawa produknya itu boleh menjadikan anak-anak kecil menjadi bijak.



Video tersebut telah mendapat reaksi orang ramai kerana keadaannya semasa berada di Tanah Suci dan melakukan urusan perniagaannya di mana sepatutnya masanya diisi dengan melakukan ibadah.

Susulan itu, seorang YouTuber memuat naik video responnya di akaun YouTube miliknya berkenaan dengan isu tersebut  Boleh tahan sentap juga kalau sampai ke ustazah tu sendiri…

One 2

“Berniaga kena tengok tempat”

Di awal video itu, ustaz ini menjelaskan bahawa dirinya secara peribadi tidak mengenali ustazah itu dan tidak melakukan pemeriksaan latar belakang pendidikan peniaga yang mencetuskan perdebatan netizen.

“Tak nafikan, ada kajian yang mengatakan makanan-makanan tertentu dengan kuantiti tertentu dapat merangsang minda. Tapi tak ada lah sampai tahap budak tak cerdik boleh jadi cerdik” – Ujar ustaz ini

Tambahnya lagi, hadis dari Nabi Muhammad SAW juga jelas melarang peniaga untuk berniaga di masjid. Namun, ustazah ni siap mempromosikan video suplemen mindanya di hadapan Masjidil Haram.

One 1

Malah, larangan berniaga juga telah dipersetujui oleh para ulama apatah lagi di Masjidil Haram. Ini kerana perbuatan itu akan mengganggu orang lain yang berada di tempat sama untuk menunaikan ibadah.

Mungkin ustazah tu pun terlupa dia tengah ada kat Tanah Suci… Ada ke dari korang yang ternampak video TikTok tu?

Baca: “Semua salahkan jin” – ‘Ustazah’ Dikecam, Dakwa Autisme Ada Kaitan Gangguan Makhluk Halus

Untitled 2 10

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.