in

Tragedi Berdarah Puteri Pahang: Mati Ditikam Anak Sendiri 12 Tahun Lalu

Adoi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut pasal kerabat diraja, confirm kita terbayang semua yang indah-indah dan terfikir mesti hidup dorang ni penuh kesenangan. Tapi kadang-kadang kuasa dan wang ringgit tak menjanjikan kehidupan yang selamat.


Inilah yang telah berlaku kepada sebuah keluarga diraja Pahang lebih dari sepuluh tahun dahulu. Seluruh negara digemparkan dengan tragedi berdarah seorang puteri kerabat diraja Pahang Tengku Datuk Kamariah Sultan Abu Bakar yang telah dibunuh dengan kejam oleh anaknya sendiri.

 

1. Anak lelaki serang bapa separa lumpuh

Kamariah yang pada ketika itu berusia 65 tahun merupakan adinda kepada Sultan Pahang dijumpai meninggal dunia di rumah kediamannya di Villa Ismaputri, Lorong Kubang Buaya, Kuantan pada 24 Julai 2006.

Semuanya bermula apabila anak Kamariah yang berusia 21 tahun, Tunku Rizal Shahzan tiba-tiba cuba menyerang bapanya Tunku Datuk Ismail Tunku Sulaiman, 69, yang separa lumpuh pada jam 1:20 petang di rumah. Rizal mengamuk sambil pegang screwdriver dan serang bapa dia yang duduk kat kerusi roda.

This Malaysian Princess Was Tragically Stabbed To Death By Her Own Son 12 Years Ago World Of Buzz
sumber: wob

 

2. Kamariah terbunuh cuba selamatkan suami

Disebabkan Rizal nak cederakan Ismail, Kamariah pada waktu tu cepat-cepat masuk campur dan cuba selamatkan suaminya. Dalam pergelutan yang berlaku tiba-tiba Rizal menyambar sebilah pisau Rambo dan tikam Kamariah di bahagian belakang.

Lepas tikam Kamariah, Rizal beralih semula pada bapa dia dan cuba nak serang Ismail sekali lagi. Nasib baik waktu tu orang gaji dorang nampak dan menjerit sampai jiran-jiran semua dengar. Dengar je bunyi jeritan, jiran dorang bergegas ke rumah tu dan hentikan serangan yang terjadi.

Stabbed Malaysian Princess World Of Buzz
sumber: wob

 

3. Sebab Rizal sanggup bunuh ibu bapa

Motif serangan dilakukan ke atas kedua ibu bapanya tak dapat dikenal pasti, namun dipercayai disebabkan oleh pengaruh dadah yang diambil Rizal sebelumnya.

Rupa-rupanya Rizal dikatakan terjebak dengan dadah jenis syabu. Ini berkemungkinan besar menjadi punca amukan dan serangan yang dilakukan Rizal ke atas Kamariah dan Ismail. Takkan la dia sampai hati nak tikam mak ayah sendiri kan? 

Stabbed Malaysian Princess World Of Buzz 5
sumber: wob

 

4. Saksi nampak Rizal macam kena sampuk

Tengku Ahmad Faisal Tengku Ahmad Jamil, saudara keluarga tersebut yang tinggal di villa berdekatan merupakan orang pertama yang mendengar bunyi jeritan dan rayuan daripada rumah Kamariah. Jadi dia cepat-cepat pergi ke rumah tu dan nampak Rizal.

Rizal yang katanya pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebelum ni memang nampak tak betul waktu tu.

“Dia lompat dari balkoni tepi tu dan jalan kat atas atap sebelum dia lompat ke kawasan rumah saya. Dia nampak pelik dan mata dia merah dan melilau pandang ke sana ke mari. Bila saya soal dia, dia jawab ‘Takut, takut’ then meluru ke seberang jalan macam orang kena sampuk.”

Stabbed Malaysian Princess World Of Buzz 3
sumber: wob

 

5. Kamariah terlantar di lantai dapur penuh darah

Bila nampak Rizal macam tu dan dengar jeritan orang kat villa sebelah, Faisal bergegas ke villa sebelah nak tengok apa yang jadi. Time tu lah dia jumpa Kamariah terbaring berlumuran darah kat bahagian dapur kediaman berkenaan.

Ismail pula luka parah di bahagian perut dan hadapan badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di hospital. Faisal kemudiannya minta bantuan rakan untuk menangkap Rizal sebelum dia terlepas dan mungkin akan bahayakan orang lain pula.

“Saya nampak Tunku Ismail terduduk kat sebuah kerusi di beranda, ada luka kat abdomen dia. Dengan bantuan beberapa orang kawan, kami cuba kejar Tunku Rizal dan ikat dia.”

N P2Kamaliah
sumber: the star

 

6. “Belajar agama..kalau nak jual, jual lah kereta tu”

Kamariah yang kehilangan terlalu banyak darah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Faisal sebelum tu sempat meletakkan kepala Kamariah di pangkuannya dan mendengar kata-kata terakhir puteri Pahang berkenaan.

“Dia sangat lemah waktu tu. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Tunku Kamariah ada tinggalkan satu pesanan. Dia meninggal di pangkuan saya,” kata Faisal.

“Belajar agama. Kalau nak jual, jual lah kereta tu,” kata Kamariah sebelum meninggal dunia.

Stabbed Malaysian Princess World Of Buzz 4
sumber: wob

 

7. Bapa maafkan Rizal bunuh isteri

Tunku Ismail yang cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan kemudiannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Namun Rizal yang menerima rawatan di hospital yang sama disahkan meninggal dunia pada jam 7:35 petang hari itu. Kematian tersebut dipercayai disebabkan oleh pengambilan dadah berlebihan.

Biarpun berdepan serangan ngeri dan sangat merindui kehilangan isteri, Ismail menyatakan bahawa dia memaafkan arwah Rizal atas apa yang dilakukan.

“Saya maafkan dia atas apa yang dia buat sebab kami berdua (Ismail dan Kamariah) sangat sayangkan Rizal. Hanya Allah saja yang tahu penyeksaan saya tanpa isteri di sisi,” kata Ismail.

Stabbed Malaysian Princess World Of Buzz 2
sumber: wob

Semoga jenazah bersemadi dengan tenang….

Baca: Jenayah: Pembunuhan Tragis Kevin Morais, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram Tahun 2015

Kev

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.