in

“The White Death”- Kisah Simo Hayha, Petani Yang Menjadi Penembak Jarak Jauh Paling Digeruni Soviet Union

151

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

SIMO HAYHA merupakan ikon kepada masyarakat Finland semasa perang musim sejuk atau dikenali sebagai Winter War 1939-1940 di antara Finland dan Soviet Union.


236

Winter War tu berlaku sebab Soviet telah menceroboh Finland pada 30 November 1939 di mana peperangan itu berlangsung selama 105 hari. Perang tersebut berakhir dengan kedua-dua negara menandatangani perjanjian keamanan Moscow Peace Treaty 1940, pada tanggal 12 Mac.

233

Simo Hayha menjadi lagenda semasa Winter War selepas berjaya menembak mati lebih 500 orang askar Soviet menggunakan senapang jarak jauh miliknya dan gelaran ‘The White Death’ diberikan sendiri oleh askar Soviet! Bermaksud pihak lawan pun akui powernya Simo.

 

Siapa Simo Hayha ni?

Simo adalah seorang petani yang berasal dari Karelia, Finland(DULU, sekarang Karelia milik Rusia). Beliau dilahirkan pada 17 Desember 1905 di pekan kecil bernama Rautjarvi yang terkenal dengan industri pertanian.

Beliau berusia 33 tahun semasa menyertai Winter War. Agak tua kan masa dia join? Orang dulu-dulu memang power, umur 30 pun masih berbisa.

36

Hayha seorang yang cekal dan sabar disebabkan oleh latar belakangnya yang susah dan pengalamannya berburu di dalam hutan.

Namun, bukan itu saja faktor yang membuatkan Hayha ni hebat. Pada tahun 1925, Hayha menjalani khidmat mandatori askar Finland selama setahun dan mendapat pangkat Pegawai Korporal semasa tamat perkhidmatan.

Kemudian, beliau menyertai Pasukan Keselamatan Awam Finland dan melanjutkan latihannya dalam bidang ketenteraan termasuklah latihan yang paling disukainya iaitu tembakan jarak jauh.

Senapang pertama Hayha ialah sebuah senapang buatan Rusia yang terkenal, Mosin Nagant bolt action m91.

28

Dalam latihan yang dijalankan beliau, dia berjaya menembak 16 sasaran dengan tepat pada jarak 152.4m dalam masa seminit je!

 

Hayha dipanggil secara rasmi untuk menyertai pertempuran di Sungai Kollaa

Sungai Kollaa merupakan kawasan paling susah nak dipertahankan sebab kedudukan dia sangat dekat dengan garisan sempadan Soviet.

38

Masa tu, tentera Soviet lebih ramai dari Finland dengan nisbah 1 askar Finland bersamaan 3 askar Soviet.

Walau bagaimanapun, keadaan memihak kepada tentera Finland atas faktor kawasan.

Tentera Soviet kurang mahir akan kawasan tersebut dan dilihat kurang bersedia menghadapi perang tersebut. Suhu boleh mencapai serendah -40 hingga -20 darjah celcius”

Seperti yang diceritakan di atas, pengalaman Hayha dari kecil yang bekerja keras sebagai petani dan kemudiannya berlatih di kem tentera telah membantu beliau dari segi ketahanan tubuh dan mental.

Beliau mengenakan pakaian putih dan akan berlindung di dalam salji(camouflage) selama beberapa hari dengan hanya membawa peluru dan keperluan makanan yang minimal.

Di dalam perang tersebut, Hayha berperanan sebagai penembak jarak jauh dan beliau menggunakan senapang Mosin-Nagant m91 miliknya.

39

Semua askar yang berada dalam pandangannya akan ditembak mati. Selain faktor kecekapan, faktor seragam askar Soviet yang ketika itu menonjol dalam keadaan bersalji telah membantu Hayha untuk menyasarkan tembakan dengan tepat.

Hayha tak nyatakan jumlah tepat tetapi dipercayai jumlahnya seramai lebih kurang 500 orang dengan nisbah sehari 5 orang”

Atas kecekapan beliau, pasukan Soviet mula menyerang dengan lebih ramai penembak jarak jauh. Dalam serangan itu, Simo Hayha terkena peluru meletup di bahagian kiri muka yang mengakibatkan kecederaan parah selain separuh mukanya hancur.

37

Beliau ditemui rakan seperjuangan lalu dibawa ke hospital dan berjaya diselamatkan. Koma selama 11 hari, Hayha bangun setelah Winter War tamat dengan perjanjian pendamaian.

Hayha mengambil masa yang lama untuk pulih akibat peluru yang menghancurkan rahang dan pipi kirinya selain telah membuat banyak pembedahan.

381

Beliau kembali meneruskan hidupnya sebagai pemburu sehingga mencapai usia tua dan meninggal dunia di usia 96 pada 1 April 2002.

Semangat patriotik orang dulu-dulu memang admin tabik. Semoga terinspirasi!

 

Sumber : Iluminasi, Wikipedia

Baca : Penemuan Bersejarah! Bangkai Kapal Perang Nazi Semasa Perang Dunia Ke-2 Dijumpai Selepas Hampir Satu Abad

Kp2 1

Sumber: Youtube
Sumber: twitter
Sumber: Iluminasi
Sumber: wiki
Sumber: indraidu
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.