in

“Tak pernah dengar pun”- Ini 5 Nama Sebenar Negara Di Dunia Yang Ramai Tak Tahu, Sebut Pun Susah

Cats 74

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengaruh bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua franca telah banyak dipinjam di dalam bahasa lain termasuklah bahasa kebangsaan kita juga.


Korang tahu tak sebenarnya banyak nama negara di dunia juga yang tidak menggunakan nama sebenar mereka, sebaliknya mereka menggunakan istilah terjemahan dalam bahasa Inggeris.

Boleh tahan pelik juga la nama sebenar sesetengah negara ini. Korang pun mesti first time dengar.

 

Suomi

Finland Flag Waving 1498 32

Suomi merupakan nama rasmi Finland dalam bahasa tempatan. Istilah ‘Suomi’ atau ‘Finland’ kedua-duanya diterima pakai dalam masyarakat di sana.

Istilah ‘Suomi’ berasal daripada nama etnik Suomalainen yang merujuk kepada tanah tempat tinggal mereka yang kini dikenali sebagai etnik Sami atau ‘suo ma’ yang merujuk kepada kawasan paya. Istilah ‘Finland’ pula berasal daripada perkataan ‘finnia’ yang juga merujuk kepada kawasan paya di situ.

Walaupun ada dua nama iaitu Suomi dan Finland, rakyat tempatan di sana masih menerima baik kedua-dua nama tetapi lebih gemar merujuk negara mereka sebagai Suomi berbanding Finland.

 

Osterreich

Austria Flag 6

Ini pula nama sebenar bagi negara Austria. Korang jangan confuse pula Austria dengan Australia tau. Lain-lain tau dua negara tersebut.

Osterreich adalah nama sebenar republik itu dalam bahasa tempatan mereka. Sebenarnya, istilah Osterreich merupakan istilah pinjaman dari bahasa Jerman Kuno yang berbunyi ‘ostarrichi’ yang bermaksud kawasan di sebelah timur.

Diorang tiba-tiba tukar nama kepada Austria sebagai satu usaha untuk ubah nama tersebut kepada bahasa Latin. Terjemahan perkataan ‘Osterreich’ kepada bahasa Latin terbentuklah perkataan ‘Austria’.

Tapi, nama rasmi Austria masih kekal sebagai Republik Osterreich juga walaupun sudah ada nama yang diterjemahkan.

 

Choson dan Hanguk

North Shouth Korean Language

Korang tahu tak Choson dan Hanguk ini merupakan nama tempatan bagi dua negara berjiran iaitu Korea Utara (Choson) dan Korea Selatan (Hanguk).

Ejaan Choson itu pula ada banyak jenis tau tapi masih merujuk kepada Korea Utara. Choson juga boleh ditulis sebagai ‘Joson’, ‘Joseon’ atau ‘Chosun’. Sementara ejaan bagi Hanguk juga ada berjenis-jenis seperti ‘Han-guk’, ‘Hankuk’ atau ‘Hankook’.

Itu baru dari segi ejaan tau. Belum sebut nama rasmi dua negara ini lagi.

Bagi negara Korea Utara, nama rasminya adalah Choson Minjujuui Inmin Konghwaguk manakala bagi nama rasmi negara Korea Selatan pula adalah Daehan Minguk dengan ‘Han’ itu merujuk kepada etnik yang membentuk majoriti populasi di negara itu.

 

Hrvatska

Inline Image Preview

Haa sudah macam mana nak sebut ni?

Disebut sebagai ‘herr-vat-ska’, Hrvatska ini merupakan nama sebenar bagi negara Croatia yang berasal daripada nama etnik asal di situ iaitu orang Horvat.

Mana datang istilah Crotia pula? Sebenarnya istilah Croatia berasal daripada evolusi perubahan sistem tulisan dalam ejaan istilah Hrvatska. Sejarahnya bermula bila penggunaan huruf H digantikan dengan huruf K yang menyebabkan ramai orang menyebut sebagai ‘Krvatska’ sebelum ejaannya dipermudahkan menjadi ‘Krovatia’

 

Zhongguo

Bigstock The China Flag Decorated On Th 348800908 1030X669 1

Sebelum ini kita lebih kenal negara ini sebagai China, tapi rakyat tempatan di sana lebih gemar menggunakan istilah ‘Zhongguo’ yang mempunyai makna besar kepada mereka.

Zhongguo membawa maksud ‘kerajaan negara tengah’ yang menjadi impian masyarakat China untuk dilihat sebagai kuasa besar dunia serta menjadi pusat aktiviti masyarakat antarabangsa. Visi mereka ini juga disebut sebagai ‘tianxia’ dalam masyarakat tempatan.

Korang pun perasan kan hampir semua barang yang kita beli semuanya dari China. Betul tak? Duit kertas diorang pun pakai istilah Zhongguo dan bukannya istilah China.

5E9B6574932619.62912578 Original

Banyak sebenarnya negara yang pakai istilah lain daripada nama sebenar mereka. Agaknya Malaysia ada istilah lain juga ke eh?

 

Sumber: Iluminasi

Baca : “Tu pun nak simpan?”- Ini 5 Individu yang Simpan Koleksi Peribadi Paling Pelik Di Dunia

Kh

Sumber: Freepik
Sumber: We Need Fun
Sumber: Video Hive
Sumber: Numista

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.