in

Penemuan Bersejarah! Bangkai Kapal Perang Nazi Semasa Perang Dunia Ke-2 Dijumpai Selepas Hampir Satu Abad

Kp2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, jurutera daripada syarikat Statnett telah membuat penemuan rare bangkai kapal perang Nazi yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua di dasar laut Norway.


Menurut Berita Harian, bangkai kapal tu dorang jumpa pada kedalaman 490 meter secara tak sengaja masa kerja pemeriksaaan kabel kuasa dasar laut.

“Kadang-kadang, kami menjumpai peninggalan sejarah. Namun, saya tidak pernah menemui sesuatu yang sebegitu menarik seperti ini” – Ketua Jurutera Statnett (operator rangkaian kuasa Norway), Ole Petter Hobberstad

Kp

Kapal 174 meter tersebut dikenali sebagai Karlsruhe

Karlsruhe merupakan kapal tentera laut Jerman yang dibina di Kiel, utara Jerman. Kapal tersebut dilancarkan pada 1927 namun karam pada 1940 semasa perang di luar persisiran Norway dalam cubaan untuk menceroboh negara itu.

 

Karam pada 9 April 1940

Karlsruhe diarahkan kapten Jerman untuk ditenggelamkan sebab rosak teruk akibat daripada tembakan meriam Norway lepastu British pula serang dorang dengan torpedo kat luar Pelabuhan Kristiansand, hujung selatan Norway. Apa yang penting? Kerjasama! Gitu.

Actually, tiga tahun lepas radar sonar syarikat Statnett ada kesan satu bangkai kapal misteri dekat-dekat dengan kabel kuasa tinggi antara Norway dengan Denmark tapi jurutera dorang tak sempat check atau buat siasatan lanjut.

Namun, 30 Jun lepas, satu pasukan telah dihantar untuk memeriksa bangkai kapal tu menggunakan sebuah kenderaan kendalian jarak jauh (ROV) selepas berlaku ribut di kawasan tersebut.

“Kira-kira 15 meter dari kabel di dasar laut itu, paparan ROV berkenaan menunjukkan sebuah kapal besar yang musnah.

“Namun hanya apabila meriam dan simbol Nazi kelihatan pada skrin, barulah Ole Petter Hobberstad bersama kru memahami bahawa ia adalah kapal perang” – Statnett

Selepas penemuan itu, Muzium Maritim Norway mengesahkan yang bangkai kapal tersebut ialah kapal perang Karlsruhe yang hilang.

 

Baca : Al-Ma’unah: Kumpulan Ekstremis Pernah Gemparkan Negara Kerana Cuba Lancar Perang Terhadap YDP Agong 20 Tahun Lalu

Gh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.