in

Tapis Berita Tak Sahih, Aplikasi Whatsapp Bakal Bangunkan ‘Chatbot’

Ft Chatbot Whatsapp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengguna aplikasi Whatsapp tidak lama lagi akan menerima ciri terbaharu iaitu ‘chatbot’ dan ia membolehkan pengguna untuk memeriksa kesahihan apa jua berita mahupun kenyataan yang diterima melalui aplikasi berkenaan.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, perbincangan bersama META selaku pembangun aplikasi tersebut sedang dilakukan bersama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Pengguna dijangka bakal menerima ciri terbaharu itu secara lengkap menjelang penghujung Mei nanti.

Lm Gambar Hiasan 9

Menurut Fahmi lagi, sekarang ini terdapat beberapa isu teknikal yang akan diselesaikan dan pengguna boleh menggunakan ciri tersebut sejurus perbincangan bersama pihak META selesai.

Artikel berkaitan : Didakwa Banyak Sebarkan Maklumat Palsu, Kesatuan Eropah Ancam Nak Haramkan Platform X

Artikel berkaitan : Kecoh Kandungan Lucah Di YouTube Diakses Murid Tahun 1, Fahmi Fadzil Akan Jumpa Google

Mengulas lebih lanjut, ciri ‘chatbot’ berkenaan bakal dikendalikan JomChat yang melibatkan beberapa kumpulan NGO dan Bernama yang dipilih berdasarkan standard semakan fakta yang tepat selain berkualiti.

Tambahnya lagi, masalah yang dihadapi ketika ini adalah lambakan berita tidak benar dan juga berunsur fitnah disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. Jadi, salah satu tindakan SKMM untuk menangani masalah tersebut dengan adanya ‘chatbot’ ini.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.