Belakangan ini, banyak aduan daripada guru mengenai tingkah laku murid yang melakukan aksi tidak senonoh di sekolah berpunca pengaruh rakan serta perkara negatif melalui media sosial.
Baru-baru ini, penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi satu hantaran di Facebook mengenai aduan seorang guru sekolah rendah berkenaan anak muridnya yang menonton kandungan lucah di media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, murid tahun satu itu sering membuat aksi lucah di dalam kelas sehingga menimbulkan rasa pelik gurunya.
Artikel berkaitan: Ibu Luluh Anak Ditendang Hingga Lumpuh Gara-gara Tegur Rakan Sekelas Sebar Video Lucah
Guru tersebut kemudiannya meminta murid tersebut membuat carian mengenai apa yang ditonton di YouTube dan terkejut apabila mendapati hanya menaip satu perkataan, keluar kandungan lucah di situ.
Dedahnya lagi, majoriti pelajar di dalam kelasnya tidak pandai mengeja dan membaca namun begitu mudah mereka terdedah dengan kandungan negatif.
“Jika ibubapa tidak serius sekat serta pantau penggunaan telefon bimbit anak di rumah, maka lahirlah generasi yang hmm, nak cakap pun susah,” tulis Akhi Fairuz.
Perkara itu telah mendapat perhatian ramai, rata-ratanya begitu terkejut dan bimbang dengan masa depan generasi masa kini yang mudah terdedah dengan perkara yang tidak sewajarnya.
Fadmi Fadzil akan jumpa Google
Susulan isu tersebut, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan bersama Google bagi mencari penyelesaian berhubung kandungan lucah di YouTube.
“Ini dah melampau, saya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertemu pihak Google untuk bincang dan selesaikan perkara ini.
“Insha Allah pertemuan minggu depan,” katanya di Facebook.
Dalam pada itu, netizen turut menggesa pihak berkuasa membuat tapisan kandungan lucah di novel, wattpad dan beberapa platform lain.
Sumber: Facebook