in

Didakwa Banyak Sebarkan Maklumat Palsu, Kesatuan Eropah Ancam Nak Haramkan Platform X

ft elon musk x palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Platform media sosial X (dahulunya Twitter) yang dimiliki oleh Elon Musk baru-baru ini dilaporkan telah menerima amaran daripada pegawai Kesatuan Eropah (EU) dan platform berkenaan berkemungkinan diharamkan di Eropah sekiranya gagal mematuhi peraturan EU berhubung penyebaran maklumat yang salah semasa konflik Israel-Gaza.

Menurut Ahli Parlimen Eropah, Stephanie Yon-Courtin berkata, amaran yang diberikan ini akan dilaksanakan sekiranya platform milik Musk itu gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Menurut surat yang ditandatangani oleh Thierry Breton, Pesuruhjaya Eropah untuk pasaran dalaman, EU berkata bahawa suruhanjaya itu mempunyai “petunjuk” yang platform itu telah digunakan untuk “menyebarkan kandungan haram dan maklumat salah di EU” berhubung konflik yang sedang berlaku antara Palestin dan Israel.

Screenshot 2023 10 12 115112

Sehubungan itu, Pesuruhjaya EU berkenaan memberi masa sehingga 7 malam Rabu, Waktu Eropah Tengah untuk platform X mematuhi peraturan EU.

Sekiranya Musk gagal menjawab tuntutan berkenaan, platform sosial media tersebut akan dikenakan tindakan dan berkemungkinan diharamkan, tambah Stephanie lagi.

Artikel berkaitan : Dari Mia Khalifa Ke Elon Musk, Ini 5 Selebriti Yang ‘Bersuara’ Tentang Konflik Palestin-Israel

Artikel berkaitan : Dakwa Ada Akses Rahsia Dalaman, Twitter Ancam Saman Meta Gara-gara Threads

Dalam masa yang sama, Musk sepatutnya faham bahawa platformnya yang mempunyai lebih 350 juta pengguna berkenaan memainkan peranan tanggungjawab yang besar.

Stephanie juga menegaskan EU ingin melaksanakan peraturan Akta Perkhidmatan Digital (DSA) dan ia adalah jawapan untuk mengelakkan penyebaran kandungan berbahaya semasa perperangan.

1696001714048

Menurut peraturan DSA, X berdepan denda sebanyak 6 peratus daripada pendapatannya di rantau Eropah dan berkemungkinan disingkirkan secara langsung dari rantau berkenaan.

Dalam pada itu, surat yang dihantar kepada Elon Musk tersebut menggariskan apa yang perlu dilakukan oleh platform berkenaan untuk mematuhi peraturan EU termasuklah mempunyai polisi kandungan yang telus dan jelas, memadam kandungan apabila diminta oleh EU dan mempunyai langkah-langkah yang jelas untuk mengatasi masalah penyebaran maklumat palsu.

Menerusi ciapan balas Musk terhadap isu berkenaan, dia meminta pihak EU menyenaraikan kesalahan yang dilanggar oleh platform miliknya. Namun pihak EU memberikan respon yang sebenarnya Musk “sedar” akan amaran daripada pengguna lain dan pihak berkuasa tentang kandungan palsu dan keganasan.

Terdahulu, pelbagai berita palsu tentang kemelut antara Palestin dan Israel telah disebarkan termasuklah video lama serta imej yang telah diubahsuai di X.

Sumber : Insider

Sumber: LinkedIn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.