in

“Tak serik langsung” – Walaupun Dah Berkali-kali KANTOI Curang, Khloe TETAP Bagi Peluang Pada Tristan Semula

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lain orang, lain caranya. Ada yang lepas dah buat salah sekali memang dah tak akan maafkan, ada yang sampai dah berkali-kali buat salah pun tetap bagi peluang.



Macam Khloe Kardashian, walaupun dah beberapa kali dicurangi oleh Tristan Thompson, dia kini bagi lagi peluang untuk ke entah berapa kali dekat bapa kepada anaknya ini, lapor People.

Tristan cuba sedaya upaya untuk buktikan yang dia bapa yang baik untuk anaknya, True.”

Nintchdbpict000577550569 2

Khloe membuat keputusan untuk menyambung semula hubungannya dengan Tristan selepas dia menyambut ulang tahun ke-36 pada hujung minggu lalu.

Malah, sumber yang menghadiri parti Khloe ini juga turut memberitahu yang pasangan ini memang nampak sangat mesra masa majlis tersebut.

Screenshot 2020 07 03 At 1.49.55 Pm

Ketika hari jadi Khloe, Tristan juga turut kongsikan gambar dia sekeluarga dengan kapsyen menyentuh hati di Instagram peribadinya.

Saya dah sedar yang awak datang dalam hidup saya untuk tunjuk macam mana nak jadi orang yang luar biasa. Saya bersyukur kerana awak menjadi wanita yang cantik dan penyayang untuk semua orang terutamanya kepada anak kita, True.”

Untuk korang yang tak tahu, Khloe telah putuskan hubungannya dengan Tristan lepas dapat tahu lelaki ni curang dengan kawan baik adiknya, Jordyn Woods.

688Bec8A04D6515Ba394A38A256A23A4 Md

Tapi sebelum ni, Tristan juga didakwa telah curang dengan Khloe semasa wanita ini sedang mengandungkan True. Beberapa video menunjukkan Tristan masuk ke hotel dengan perempuan lain telah tular menyebabkan Khloe terpaksa beranak lebih awal dari yang dijangkakan.

Images

Pun begitu, hubungan Khloe dan Tristan kembali berbunga bila dorang menghabiskan banyak masa bersama ketika lockdown.

Harapnya Tristan ni memang betul-betul dah berubahlah…

 

Baca: “Mini market dalam rumah!” – Kena Ejek Peti Ais Kosong, Kim Kardashian ‘Balas Dendam’ Tunjuk Isi Pantri Penuh Dengan Macam-macam Makanan!

Screenshot 2020 07 03 At 1.54.26 Pm

Sumber: TMZ
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.