in

Netizen Geram Teman Wanita Tengah Cuba ‘Call’ Tapi Lelaki Syok Peluk Skandal Lain Di Konsert

Bfszvc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sememangnya dalam hubungan percintaan semestinya ada pahit manis yang perlu dihadapi oleh setiap pasangan. Kesetiaan dan kepercayaan antara satu sama lain sahaja yang hanya mampu mengekalkan kisah indah ini sehingga ke akhir hayat.


Kalau betul sayang sangat pasangan kita sendiri, sepatutnya memang tak akan berlaku isu curang dan pihak ketiga. Namun apakan daya, hati manusia sentiasa berubah dan tak semua mampu mempertahankan tembok cinta yang dibina sehingga akhirnya, runtuh di tengah jalan.

Seperti apa yang berlaku baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan situasi seorang gadis yang menghadapi detik-detik yang tidak disangka berkenaan teman lelakinya sehingga membuat netizen geram melihatnya.

Teman wanita tengah cuba ‘call’ tapi lelaki syok peluk skandal lain!

Sebuah video yang berdurasi 18 saat telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan situasi seorang lelaki difahamkan mengabaikan panggilan telefon daripada teman wanitanya sebab dikatakan tengah ‘syok’ merangkul skandal lain di sesebuah konsert.

Namun, ia bertambah ‘pedas’ apabila perkara tersebut meraih perhatian teman wanitanya sendiri dan dia juga turut memberi respons terhadap perkongsian video tersebut. Menerusi video seterusnya, gadis itu terlihat hanya mampu senyum sahaja apabila mengetahui teman lelakinya telah curang dengan dirinya.

Difahamkan juga, perkara tersebut sebenarnya telah berlaku sebelum ini dan dia pernah memaafkan pasangannya dan memberi peluang kedua untuk berubah.

“Terima kasih ya sebab kongsi video ini.”

“Haiwan memberikan teladan untuk kesetiaan sementara manusia memberikan teladan untuk pengkhianatan.”

Netizen turut geram dengan tindakan lelaki tersebut

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap tindakan lelaki tersebut kerana bertindak curang padahal rupa paras teman wanitanya boleh dikatakan sangat cantik dan tidak sepatutnya dilakukan sedemikian.

Ada juga yang meminta gadis tersebut untuk mengakhiri sahaja hubungan dengan teman lelakinya sebab takut perkara tersebut akan berlaku lagi sekali.

Screenshot 2022 10 31 At 12.20.58 Pm

Screenshot 2022 10 31 At 12.21.07 Pm

Screenshot 2022 10 31 At 12.21.20 Pm

Semoga akak ni dapat pasangan yang lebih baik…

Baca: Pernah Viral Curang, Lelaki Didakwa Sumbat Isteri Ke Penjara Sebab Tak Dapat Lawat Anak Dijangkiti Covid-19?

Screenshot 2022 10 31 At 12.25.04 Pm

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.