in

“Tak lama lagi kluster wartawan pulak” – Berhimpit Buat Liputan Solat Jumaat, Petugas Media Dikecam Tak Ikut SOP?

Untitled Collage 517

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alhamdulillah, setelah agak sekian lama umat Islam di negara ini tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid — kini menjelang akhir-akhir Ramadhan sedikit kelonggaran diberi untuk mengimarahkan kembali rumah ibadah itu, namun masih dalam keadaan bersyarat.


Solat Jumaat yang diadakan di Masjid Negara semalam misalnya, merupakan yang pertama diadakan setelah Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 Mac lalu.

Tentunya, ia meredakan sedikit kegusaran bagi mereka yang rindu untuk menjejakkan kaki ke masjid.

Bagaimanapun, timbul pula cerita kurang enak di sebaliknya apabila sekeping gambar jemaah sedang mendengar khutbah Jumaat sambil menampakkan ‘segerombolan’ petugas media di suatu sudut masjid — menjadi bualan netizen di media sosial.

Perkara ini turut dikongsikan seorang pengguna Twitter, yang menyifatkan seperti ada yang tidak kena pada gambar tersebut.

Netizen yang pantas menangkap maksud di sebalik status itu sebenarnya turut berkongsi pandangan sama, iaitu ironi pelaksanaan prosedur operasi standard yang tidak selari antara dua pihak.

Jemaah duduk berjarak antara satu sama lain, manakala wartawan dan jurugambar yang membuat liputan sebaliknya pula — saling berhimpit sesama mereka tanpa adanya sebarang penjarakkan sosial.

Sudah tentu ia mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen.

Solat1 1

Solat2 1

Solat3 1

Solat5

Malah, perkara ini tular hingga laman Facebook Public Health Malaysia mengeluarkan beberapa nasihat kepada petugas media di luar sana — agar sentiasa mematuhi langkah pencegahan jangkitan COVID-19.

Petugas media diingatkan bahawa tugas mereka adalah untuk melaporkan, dan bukannya menjadi sebahagian daripada tajuk utama berita.

Apa pun kita faham, mereka cuma menjalankan tugas namun tidak menyedari telah melanggar norma penjarakkan sosial. Mungkin selepas ini perlu lebih berhati-hati dan mengelakkan daripada berkerumun seperti itu.

 

Baca: Kelonggaran Solat Jemaah Di Masjid Ditarik Semula Jika Tak Ikut SOP – Ismail Sabri

Solat Jumaat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.