Pejam celik pejam celik, pentas Gegar Vaganza (GV) kembali menyengat dengan musim ke-8! Semestinya musim kali ini akan menjadi tumpuan ramai dengan barisan 13 bintang yang bakal merebut gelaran juara.
Dengan tagline yang menjadi tradisi sejak musim pertama, ‘Bintang Kembali Menyengat’, GV musim terbaru ini menampilkan bintang-bintang yang mewakili tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.
Barisan 13 bintang yang menyertai musim ke-8 ini sudah semestinya akan memberikan saingan yang sengit kerana kredibiliti mereka sebagai penyanyi tidak dapat disangkal lagi oleh peminat. Jom kita lihat barisan penyanyi yang akan berentap di pentas GV kalini!
1. Aweera (Bekas Vokalis Kumpulan Mojo)
2. Adibah Noor
3. Bandi Amuk
4. Nikki Palikat (Malaysian Idol)
5. Ani Maiyuni
6. Azan Scan
7. Dato’ Fazley Yaakob
8. Suki Low (One In A Million)
9. Shidee
10. Aliff Aziz (Singapura)
11. Upiak Isil (Indonesia)
12. Kumpulan Nico
13. Saiful Apek & Yassin (Duo Senario)
Haa, gempak kan semua bintang GV kalini? Yang duo tu paling Min tak sabar nak tengok diorang beraksi atas pentas!
Program realiti terbitan Astro itu bakal menemui penonton bermula pada 21 November ini dan akan bersiaran di Astro Ria dan Astro Ria HD jam 9:00 malam. Mark your date!
Selain barisan bintang yang hebat, persembahan mereka akan dinilai sepenuhnya oleh juri profesional iaitu Dato’ Ramli MS dan juga Dato’ Shafinaz Selamat dan juga Hetty Koes Endang. Ketiga-tiga juri tetap itu akan ditemani oleh juri jemputan setiap minggu.
Pengacara bagi musim ke-8 ini juga masih lagi pasangan yang sama iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad yang akan menceriakan penonton di kaca TV nanti!
Semua dah ready ke tu? Sebab Min dah mula excited ni! Korang pun sama ke? Hihi..