in

“Gelak je baca komen netizen” – Sering Dikecam Sejak Masuk Gegar Vaganza 7, Noraniza Idris Baca Komen Netizen Untuk Hilangkan Stress

Kak Ani 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak menjadi peserta kepada program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7), penyanyi terkenal, Noraniza Idris dilihat seringkali menerima komen negatif dan kritikan hebat daripada netizen.


Pun begitu, Noraniza nampaknya tak cepat melatah dan berterima kasih dengan segala komen serta pandangan yang dilontarkan netizen terhadapnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi lagu Dondang Dendang ini katanya tidak terasa pun dengan kritikan netizen malah hanya ketawa sahaja kerana komen tersebut dapat menghilangkan stressnya.

“Kak Ani gelak je baca komen netizen. Kelakar sgt, seronok baca. Thank you sgt2 tau sbb korang begitu ambil berat, begitu sibuk memerhati & byk masa memberi komen & menjuri.

“Walaupun tak profesional, tapi oklah komen korang, Kak Ani suka jugak utk hilang2 stress kt GV7 ni. Teruskan lagi pleaseeee…” katanya.

Dalam pada itu, Noraniza yang lebih mesra dipanggil Kak Ani juga turut memenangi Anugerah Next Level Digi pada minggu lepas yang mana dia menyifatkan lebih ramai yang mengecam, lebih ramai jugalah peminat menyukai persembahannya di rancangan tersebut.

Betul lah kata korang, 100 org yg kecam, ada beribu lagi yg suka! So lantaklah dorang, Kak Ani happy je!” 

Bagus Kak Ani kita ni. Dia relaks je walaupun ramai yang mengecam kan? 

Baca: “Orang biasa pegang selfie stick tiba-tiba pegang mikrofon macam tu lah” – [Video] Netizen Kurang Senang Nabil Sindir Diva AA?

Azwann

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.