in

Syarikat Ni Bagi Cuti, Sponsor Tiket Kapal Terbang Untuk Pekerja Balik Undi PRU14

Plo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas SPR umumkan PRU14 akan jatuh pada hari Rabu 9 Mei 2018, ramai orang yang bekerja start rasa gelisah sebab akan kacau waktu kerja serta akan timbul kesulitan untuk mereka yang tinggal jauh dari kawasan mengundi.


Walaupun terdapat akta yang mengatakan majikan wajib berikan tempoh yang munasabah untuk mengundi, tapi tempoh masa tu tak ditetapkan dan bergantung kepada majikan sendiri.

Terbaru, sebuah syarikat telah mengumumkan di Facebook akan memberikan cuti memandangkan pekerja di kilang mereka tinggal jauh.

Marble Emporium mengambil keputusan untuk menutup kilang mereka yang terletak di Shah Alam U9 selama tiga hari bermula 7 Mei sehingga 9 Mei 2018 kerana menurut mereka, kesemua pekerja kilang berasal dari Sabah dan Sarawak. Baguslah majikan dorang!

G1
sumber: facebook

Sejak itu, ramai yang memberikan pujian kepada syarikat ini kerana sangat bermurah hati.

Tapi tunggu dulu, syarikat ni bukan setakat kasi tiga hari cuti je, dorang siap sponsor tiket penerbangan dan bagi elaun sebanyak RM300 untuk pekerja balik kampung halaman. What?? So basically, majikan syarikat ni wajib dapat award Employer of The Year!

G
sumber: facebook

Of course lah announcement syarikat ni dekat Facebook jadi viral dan mendapat pujian berbakul-bakul dari orang ramai sebab mengambil berat terhadap pekerja dan negara. Sememangnya mengundi adalah penting dalam menentukan masa depan rakyat negara terutamanya sekarang ni. So, make sure korang pun keluar mengundi tau!

Sementara tu, ada juga yang tinggalkan komen bergurau nak mintak kerja dekat syarikat ni. Siapa tak nak kan? Ada jugak yang berminat nak beli marble dari syarikat ni nanti untuk renovation rumah pada masa akan datang.

Kk 1
sumber: facebook
G3
sumber: facebook

Sememangnya tindakan Marble Emporium wajar diberikan perhatian dan pujian. Harap ada banyak lagi syarikat yang bertindak begini demi memberi peluang dan memudahkan urusan pekerja mereka untuk mengundi.

Tabik spring kat majikan dia!

Baca: Cuti Sekolah Akan Diumumkan Sebab PRU14 Jatuh Pada Hari Persekolahan

H 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.