in

SUKE: PROLINTAS Cabut Papan Tanda Lepas Ramai ‘Complaint’ Saiz Terlalu Kecil

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang baru sahaja dibuka pada Jumaat lepas telah pun menjadi buah mulut orang ramai. Mana tidaknya, baru sahaja dua hari dibuka, dah ada kemalangan yang berlaku ekoran kereta berhenti di bahu jalan untuk menikmati pemandangan.

Selain itu, beberapa pengguna lebuh raya ini juga turut mengadu tentang papan tanda susur keluar di sana yang dikatakan terlalu kecil sehingga menyukarkan orang ramai untuk melihat tulisannya.


@bob_yp

Punyala kecik signboard #fyp #fypシ #fypシ゚viral #bobyp #teambobyp #fastthrottle #rltracing #mrsbobyp #runner #fypシ

♬ original sound – Bob Yp – Bob Yp

Ekoran ini, Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) telah pun membuat tindakan drastik dengan mencabut papan tanda tersebut bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Prolintas, syarikat ini bagaimanapun menjelaskan bahawa papan tanda tersebut adalah mengikut piawaian yang ditetapkan serta mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Fdk6 Nbaeaisve1

Jelasnya, papan tanda itu hanyalah tambahan kepada papan tanda sedia ada yang lain yang telah pun diletakkan pada setiap 250 meter sebelum persimpangan bercabang.

Oleh sebab kekangan kawasan, saiz papan tanda tambahan yang digunakan adalah lebih kecil berbanding papan tanda sedia ada. Walau bagaimanapun, susulan maklum balas dan pandangan orang ramai di media sosial yang tular baru-baru ini, pihak syarikat memutuskan untuk mencabut papan tanda tambahan itu dengan serta merta agar tidak mengelirukan pengguna.”

Selain itu, Prolintas turut menegaskan Lebuhraya SUKE ini selamat digunakan dan mengikut piawaian yang ditetapkan dan menyangkal dakwaan terdapat bahagian lebuh raya yang telah beroperasi tidak selamat digunakan.

 

Baca: “Macam signboard kenduri kahwin” – Netizen Komplen Papan Tanda Di SUKE Terlalu Kecil

Screenshot 2022 09 22 At 12.48.14 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.