in

“Langsung tak cuba minta maaf”- Anak Mangsa Kemalangan SUKE Terkilan Suspek ‘Lari’

Ft Anak Mangsa Kemalangan Suke Terkilan Dengan Suspek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak sulung kepada mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE), Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, meluahkan rasa kecewa terhadap suspek yang dikatakan tidak mengambil tanggungjawab terhadap insiden tersebut.

“Saya sama sekali tidak dapat terima sikap tidak bertanggungjawab suspek yang langsung tidak membuat panggilan kepada pihak hospital atau berjumpa dengan kami ahli keluarga untuk meminta maaf.”


Jelasnya, pihak suspek tidak mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak hospital ekoran kejadian kemalangan tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh diterimanya dan seluruh ahli keluarga.

Katanya kepada Sinar Harian lagi, seandainya suspek bersalah kerana melawan arus dan menyebabkan arwah ayahnya, Ahmad Fadzil Omar Azzadin meninggal dunia sekalipun, setidak-tidaknya suspek patut mencari dia sekeluarga untuk memohon maaf.

Screenshot 2023 06 15 183420

“Buat masa sekarang, kami sekeluarga sangat bersedih dan masih terkejut di atas pemergian ayah tercinta.”

“Tetapi kami sekeluarga tidak dapat menerima perbuatan suspek yang melarikan diri dan langsung tidak cuba mencari kami untuk memohon maaf. Malah suspek juga tidak berusaha menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan pertolongan buat arwah ayah.”

Kenyataan yang diberikan oleh Muhammad Hafidz itu ketika sumber bertemu dengannya di Unit Perubatan Forensik Hospital Ampang, selepas proses bedah siasat dilakukan.

Meskipun dia kelihatan tenang keluar dari bilik forensik, namun sumber melaporkan bahawa dapat dilihat air matanya bergenang di kelopak mata. Dia hadir ke hospital ditemani seorang sahabat dan beberapa ahli saudara terdekat.

Proses bedah siasat selesai sekitar 1 tengah hari dan urusan mandi jenazah dilakukan di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana petang ini.

Screenshot 2023 06 15 183549

Dalam pada itu, Muhammad Hafidz juga turut menjelaskan bahawa pihak polis telah hadir ke rumah dan memaklumkan kejadian menyayat hati tersebut kepada ibunya.

“Pada mulanya, saya menjangkakan ayah hanya mengalami kecederaan atau patah kaki. Saya sudah bertekad untuk menjaganya. Namun ALLAH lebih menyayangi arwah dan menjemputnya menerusi kejadian ini,” ujarnya.

Meskipun begitu katanya, ada perkara baik yang disampaikan oleh pihak hospital mengenai arwah ayahnya.

Screenshot 2023 06 15 183529

Jelasnya, arwah dipercayai terus dijemput Ilahi sebaik sahaja terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

“Apabila terhentak ke tanah, saraf tunjang arwah ayah di tengkuk dipercayai telah terputus. Atas asbab itu, arwah ayah pergi dengan cepat tanpa ada sebarang kesakitan.”

Muhammad Hafiz turut memohon kepada orang ramai mengenali arwah ayahnya untuk mendoakan kebaikan buat arwah agar berada dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.

Baca : Lelaki Bengang, Cuba Telefon Hotline SUKE Selama 30 Minit Tapi Tak Ada Siapa Angkat!

Ft Suke Highway Accident 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.