in

“Steady, tak pernah kena..” – Lelaki Ini Bangga Cerita Duduk Dengan Awek Macam Laki Bini, Tak Kena Kacau Jabatan Agama

Featured 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih kurang seminggu saja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilftiri.


Sepatutnya malam-malam terakhir inilah kita memecut kejar pahala, mengejar malam Lailatulqadar.

Bersekedudukan dengan teman wanita selama bertahun-tahun

Malangnya, ada juga yang tak segan silu membuat pengakuan umum di bulan mulia ini bahawa dia bersekedudukan dengan teman wanita bertahun-tahun lamanya.

46115754 M E1463647571630
gambar hiasan

Dalam perkongsian yang asalnya dimuat naik di Facebook, seorang netizen mengulas perbezaan penguatkuasaan jabatan agama antara sebuah negeri di pantai timur dan pantai barat.

“Stay sekali dah macam laki bini..”

Dalam kenyataannya, Zack mengaku selamba tinggal dengan teman wanita seperti suami isteri selama 5 tahun.

Malah sejak di kolej lagi, tiada siapa mengacau walaupun bawa pulang teman wanita tanpa masalah.

Maksiat
sumber: twitter

Dakwanya, ini tak boleh dilakukan di negeri asalnya kerana jabatan agama sangat aktif di sana berbanding di Lembah Klang.

“Kaulah antara orang yang dtg negeri orang lepastu buat hal..”

Berang dengan perkongsian itu, netizen teruslah menghentam apa yang diperkatakan. Siapa tak marah, boleh pula dia rasa bangga dengan statement macam tu.

Maksiat 2
sumber: twitter
Maksiat 8
sumber: twitter
Maksiat 7
sumber: twitter
Maksiat 5
sumber: twitter

Tak kurang juga ada yang meminta penguatkuasaan di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor diperketatkan.

Maksiat 6
sumber: twitter

Tak tahulah apa nak jadi dengan zaman sekarang ni. Orang buat maksiat dah tak ada nak sorok-sorok lagi, ada rasa malu.

Bangga mencanang cerita kat orang ramai. Apa punya perangailah.

Baca: “Tipu orang kata dah kahwin…” – Instafamous Duduk Serumah, Suka Tunjuk Video ‘Mesra’ Tapi Belum Bernikah?

Instafamous1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.