in

Singa Mati Dalam Kolam Kotor Tapi Pihak Zoo Keluarkan 3 Kenyataan Berbeza, Undang Marah Netizen

Ft Singa Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pengunjung yang melawat ke zoo-zoo untuk melihat pelbagai jenis haiwan disana, sudah semestinya akan merakam detik-detik tersebut sebagai kenangan kerana bukan mudah untuk kita masuk dan melihat haiwan-haiwan yang berada disana.



Tapi tak sangka pula rakaman yang dibuat semasa berkunjung ke zoo itu boleh mencetuskan ‘mimpi ngeri’ kepada si tukang rakam apabila dia secara tidak sengaja telah merakam seekor singa yang sudah mati!

 

Singa mati terbaring dalam kolam kotor

Rakaman yang tular di media sosial ini telah memaparkan seekor singa baka Afrika yang dipercayai telah mati terbaring di dalam sebuah kolam yang kotor di dalam sebuah kandang yang berpagar.

Singa Mati 1

Lapor Daily Mail, insiden itu berjaya meraih perhatian netizen selepas pengunjung tersebut merakamkan peristiwa menyayat hati itu pada hari Khamis yang lepas di Zoo Hidupan Liar Handan Foshan di utara wilayah Hebei, China.

Nak tengok video, klik link ini

 

Dakwa singa hanya berehat dalam kolam

Setelah tersebarnya video tersebut, pihak pengurusan zoo itu pada awalnya telah menafikan kematian singa itu. Mereka memberitahu kepada media bahawa singa itu hanya berehat di dalam kolam.

Tiada insiden sebegitu berlaku di sini. Singa itu hanya baring dan berehat di dalam kolam. Dia takkan mati.

 

Dakwa pula singa mati lemas sebab sakit

Walau bagaimanapun, menurut pengurus zoo yang lain pula, yang dikenali sebagai Yang telah memberitahu media bahawa singa itu mati lemas di dalam kolam itu gara-gara sudah lama menderita sakit.

Tambahnya lagi, pihak mereka telah melepaskannya untuk menikmati matahari pada hari tersebut. Ia kemudiannya telah melompat masuk ke dalam kolam dan mati lemas gara-gara kekurangan tenaga.

Feat Singa

Pihak zoo tersebut mendedahkan bahawa pihak berwajib tempatan telah terlibat dalam menyiasat punca kematian singa tersebut.

 

Lelagi dakwa mati sebab dah tua pula 

Menurut Timbalan Presiden zoo tersebut, Wu Guangshu, singa tersebut dilaporkan mati secara semulajadi disebabkan usianya yang tua berdasarkan kepada laporan hasil bedah siasat yang dijalankan.

Tambahnya, kenyataan rasmi akan dikeluarkan pada masa yang akan ditentukan.

 

Pihak zoo dikecam netizen yang berang

Feat Singa 2

Insiden ini berjaya mencetuskan kemarahan netizen yang rata-ratanya mengecam kenyataan-kenyataan berbeza yang dikeluarkan oleh pihak zoo tersebut.

Terdapat juga netizen yang menggelarkan taman hidupan liar itu sebagai ‘tidak tahu malu’ dan menggesa orang ramai supaya memboikot fasilitinya.

Zoo yang tak tahu malu. Mula-mula kata singa hanya berehat. Kemudian cakap pula ia mati sebab tua. Apa jenis alasan ni?

Ini sangat kejam dan menyedihkan. Zoo ini perlu ditutup!

Dah tahu sakit, kenapa dibiarkan singa tu sendiri tanpa pantauan penjaga zoo?

Baca: “Macam ada something wrong” – Netizen Pelik Kenapa Singa Di Zoo Negara Kurus Macam Tak Makan, Sedangkan Ada Derma Dari Orang Ramai Baca Singa

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.