Selepas 8 Tahun Bernikah, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Mengapa Dr Harlina Jadi Pilihannya. Sweet!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sebut saja pasal Angkasawan Pertama Malaysia, mesti korang akan ingat dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juga isterinya, Dr Halina yang sangat sweet dan sentiasa serasi bersama.

Diam tak diam, dorang berdua ni sudah pun bernikah selama 8 tahun dan dikurniakan 4 orang anak yang mana dua darinya kembar lelaki yang comel dan sihat.

Sumber: Instagram

Admin masih ingat lagi, ramai yang crush gila dengan angkasawan kita ni dan memang frust menonggeng masa beliau bernikah dengan Dr Halina. Tapi as time goes by, kita tahu yang mereka ni memang made for each other.

Lebih manis lagi bila Dr Sheikh ada post di Instagram semalam, ucapan ulang tahun perkahwinan ke-8 yang mendedahkan sebab kenapa dia pilih Dr Halina sebagai isterinya. 

View this post on Instagram

Pic – Our 8th Anniversary today . It has been 8 years since we got married and InsyaAllah till the end of time with more kids to come . Berdoa for more twins … 😘 I met Dr Halina during my days in HUKM . She was my student back then . I was attracted to her more of her intelligence rather than her beauty – no pun intended as she was answering all my questions during the clinical rounds . We were 8 years apart which to me is a good gap . When I was selected for my astronaut training in Russia we actually “ broke up “ not knowing what would happen to our relationship. I have always believed in faith . Allah knows best . If it’s meant to be so be it . And Alhamdulillah when I got back to Earth Dr Halina waited for me with open arms . I have never told anyone this but I did dream of her when I was in space which I knew was a sign . 10.10.10 was the day when we decided to tie the knot . And Alhamdulillah it has been a smooth ride so far and we are blessed with 4 beautiful children. May the beauty of our marriage lasts forever . Amiinn … TQ Everyone for your Doa’s and Wishes . Love As Always … 😘 PS – Today is also my 11th anniversary to space . 10.10.07 How time flies . PSS – The only time we could date is when our kids are at school . 😀

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

 

“Saya tertarik dengan kebijaksaan dari kecantikannya” 

Kata Dr Sheikh Muszaphar, dia dan isterinya pertama kali bertemu ketika dia masih bertugas di HUKM. Dr Halina merupakan studentnya ketika tu. Oh lecturer jatuh cinta dengan student la ni…

“Saya bertemu dengan Dr Halina semasa zaman saya di HUKM. Dia pelajar saya masa tu. Saya lebih tertarik akan kebijaksaan dari kecantikannya – ini bukan melawak tapi dia memang jawab semua soalan saya masa clinical rounds, katanya.

Sumber: Instagram

 

Berpisah semasa training di Rusia, kembali bersama selepas pulang ke Bumi

“Bila saya terpilih menjadi angkasawan di Rusia, kami sebenarnya ‘putus cinta’ sebab tak yakin apa yang akan berlaku kepada hubungan kami. Saya sentiasa percaya akan takdir. Allah lebih mengetahui. Kalau sudah tertulis, ia pasti akan terjadi.

“Dan Alhamdulillah bila saya pulang ke Bumi, Dr Halina tunggu saya dengan tangan yang terbuka.

Saya tak pernah beritahu sesiapa mengenai hal ini tapi saya mimpikan dia semasa saya di angkasa, pada masa itu saya tahu ini petandanya,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo!

 

10.10.10 tarikh kami mengikat tali pernikahan 

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini dan kami dikurniakan dengan 4 anak yang comel. Semoga keindahan dalam perkahwinan ini kekal selamanya. Amin…” kata Dr Sheikh Muszaphar.

Bagi korang yang tak tahu, Dr Sheikh Muszaphar juga ingatkan tarikh 10 Oktober ni juga sangat bermakna sebab ini tarikh anniversary dia ke angkasa sejak 11 tahun lalu iaitu pada 10.10.07. Wah!

Sumber: Blog

Kami doakan semoga angkasawan negara dan isteri serta anak-anak bahagia hingga ke jannah. Good inspiration to all! 

Baca: Ini Barulah Suami Mithali!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!