in

“Sebaris lagenda seperti Michael Jackson” – Billboard Menamakan BTS Sebagai Bintang Pop Terhebat Tahun 2020

Fi Bts

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama kumpulan K-pop BTS, bukan nama asing bagi penggemar musik di Malaysia mahupun di seluruh dunia.


Bts

Baru-baru ini, sebuah kajian dibuat oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan dimana kumpulan BTS mencipta sejarah tersendiri dipilih sebagai artis K-pop paling diminati.

Memetik laporan daripada portal Soompi, BTS telah mendapat pengiktirafan daripada Billboard sebagai Bintang Pop Terhebat 2020 sebaris bersama lagenda musik seperti Michael Jackson, Madonna dan Eminem.

Pencapaian BTS yang meledak seiring dengan nama-nama besar penyanyi Barat yang lain buat masa kini memang tidak dapat disangkal lagi kata Pembantu Pengarang Eksekutif Billboard iaitu Nazareno

“Memandangkan karya bukan Inggeris selalunya ditolak ke kategori luar negara, tahap pengiktirafan sebegini kepada kumpulan Korea daripada media Barat adalah sangat besar.

“BTS membuatkan warga Amerika Syarikat sukar menafikan kelayakan mereka dalam industri muzik arus perdana. Dan sekarang mereka sudah didengari, agak menyedihkan apabila banyak lagu pop klasik yang kita terlepas sebab kekangan bahasa.”-katanya

Gelaran ini adalah tradisi Billboard sejak 1981 lagi dan berperanan untuk menobatkan artis yang paling menyinar setiap sepanjang tahun.

Antara nama-nama hebat yang pernah mengungguli anugerah ini ialah Whitney Houston, Mariah Carey, Nirvana, Backstreet Boys, Britney Spears, Kanye West, Beyoncé, Justin Timberlake, Rihanna, Lady Gaga, Adele, Taylor Swift, Justin Bieber, Ed Sheeran, Drake, dan Ariana Grande.

Bukan itu juga, BTS telah mencipta sejarah sebagai artis Korea pertama dicalonkan di Grammy Awards, nombor satu dalam carta Hot 100 Billboard, lagu Korea pertama nombor satu dalam Hot 100 menerusi Life Goes On.

BTS juga diumumkan sebagai antara penghibur yang bakal membuat persembahan di Grammy Awards tahun ini pada 15 Mac nanti.

Ada ‘ARMY’ tak dekat sini

Baca : “Saya tunaikan hajat ARMY” – Atas Pemintaan Ramai, BTS Dijemput Persembahkan Lagu ‘Dynamite’ Di Perhimpunan Kesihatan Sedunia

Foot Bts

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.