in

“Saya tenang, mahu hidup normal semula”

Page Rosmah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramadhan tahun ini merupakan bulan yang mencabar buat keluarga bekas PM Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Page Rosmah 4 758X400 2
sumber: malaysiakini

Dengan siasatan yang belum pasti bila penghujungnya, Datin Rosmah tampil menyatakan perasaannya. Menurut Free Malaysia Today, dalam temu bual dengan media, beliau akui kini berada dalam keadaan tenang.

“Kami boleh terima keadaan yang berlaku dengan baik. Saya fikir kami agak tenang, sebagai keluarga orang politik. Ia hanyalah salah satu ujian dan tribulasi, serta bahaya terlibat dalam politik.”

R1 1
sumber: twitter

Tambah beliau lagi, kehidupan kini adalah berbeza tapi tidak mengeluh dan menerima seadanya. Lagi-lagi kerana boleh buat mengikut kehendaknya.

“Ia kehidupan yang berbeza, tetapi saya tidak mengeluh. Saya tidak minta hidup begini, tetapi ia lebih tenang. Saya boleh buat mengikut kehendak saya. Bila saya berasa mengantuk, saya tidur. Jika saya rasa nak bangun, saya boleh bangun.”

Walau bagaimanapun, beliautak nafikan ingin semua yang terjadi sekarang berakhir dengan secepat mungkin supaya mereka sekeluarga dapat meneruskan kehidupan seperti biasa semula.

Sementara itu, sebelum ni, Rosmah ada meminta polis untuk melayan beliau dan keluarga dengan hormat seperti rakyat lain dan menerima penggeledahan kediaman pada tengah malam.

Moga Najib dan Rosmah tabah lah ye….

Baca: “Baru kita tahu kenapa Najib tak boleh lari dari Rosmah”

Page Rosmah 4 758X400 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.