in

“Baru kita tahu kenapa Najib tak boleh lari dari Rosmah.”

Page Rosmah 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setakat semalam, apa yang kita ketahui, pihak polis telah merampas 284 kotak dan 72 bagasi berisi wang di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Selain tu, laporan menyatakan pihak polis sedang dalam usaha untuk mendapatkan kunci dan membuka peti besi di kediaman beliau.


Terbaru, Bernama melaporkan bahawa sebuah peti besi di kediaman peribadi di Jalan Langgak Duta, Taman Duta itu telah berjaya dibuka!

Bagaimanapun, dalam pada orang ramai menyangka ia mungkin berisi wang yang banyak, rupa-rupanya menurut pihak polis, di dalam peti besi itu tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya.

Page Rosmah 2
sumber: facebook

Selain mata wang asing, peti besi itu turut mengandungi beberapa dokumen termasuklah sijil perkahwinannya bersama Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya telah hilang,” kata jurucakap beliau.

Difahamkan, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

Mendengar berita itu, ramai netizen yang berseloroh selepas mendapat tahu sijil perkahwinan mereka disimpan di dalam peti besi selama 20 tahun.

“Sekarang baru kita tahu kenapa Najib tak boleh lari dari Rosmah. Dia ‘kunci’ Najib dalam peti besi selama 20 tahun,” kata seorang netizen.

“Kesian Najib kena kunci selama 20 tahun.” komen seorang lagi.

Page Rosmah3
sumber: malaysiakini

Macam-macam lah korang ni! 

Sama ada jurucakap itu bercakap benar atau tidak, kita tunggu saja berita selanjutnya.

Baca: Senarai Barang Yang Dirampas Dalam Serbuan di Kediaman Najib

32824855 2068254223431367 8052311403593203712 N

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.