in

“Saya tak mencuri, saya mangsa serangan politik”

Mo1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 hampir 10 hari lepas, Datuk Seri Najib Razak mengaku yang dia dah diserang dengan pelbagai tuduhan dan kecaman. Tapi bekas Perdana Menteri ni dalam ucapannya kat Pekan menafikan bahawa beliau ada mencuri duit rakyat. Errkk ye ke ni? 


Najib Pekan
sumber: the star

Menurut Malaysiakini, Najib tegaskan bahawa hanya penduduk di Pekan je tahu bahawa beliau bukan seorang pencuri atau penjahat.

“Saya bukan orang yang mencuri harta rakyat, sebab itu banyak tuduhan dibuat.

“Orang Pekan tahu saya bukan pencuri, penyangak. Kenal saya sebagai 42 tahun berkhidmat,” kata Najib.

Ucapan bersemangat bekas PM ni disambut dengan laungan, “Kami sayang Datuk Seri!” dari penduduk Pekan yang masih berdiri teguh menyokongnya.

Untung Najib Razak masih disayangi orang Pekan! 

71526809507 Najibrazak
sumber: astro awani

Tambah Najib, beliau telah menjadi sasaran sebelum ni kerana jawatan yang dipegangnya iaitu Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

“Saya dijadikan sasaran sebab saya Presiden, PM. Kalau nak tumbangkan parti, kena tumbangkan Presiden dan buat apa sahaja asalkan ‘brand’ saya rosak,” kata Najib.

Tidak cukup menyerang dirinya, Najib jugak mengaku Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadi serangan mereka yang menentangnya. Malah, menurutnya tuduhan yang mengatakan beliau kena ikut telunjuk jari isteri tu fitnah sama sekali!

“Kita buat keputusan di kabinet. Saya tak buat keputusan dalam rumah. Keputusan direkodkan. Saya tak cakap tunggu dulu kena rujuk isteri saya.

“Tapi kerana isteri saya ni ada Master, dia agak mengetahui tentang perkembangan (politik), kadang-kadang dia terlepas cakap tapi tak semestinya dia ada kuasa mutlak. Saya tak amalkan cara itu,” jelas Najib.

3317
sumber: blog

Malah Najib jugak kecewa dengan sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka tonton fitnah di Youtube berbanding berita tentang kemajuan negara.

“Dia tengok YouTube ekonomi berkembang 5 peratus, tak sedap. Buka (Youtube) tengok Najib ini, Rosmah ni, sedap. Saya tengok sampai 900,000 orang tengok (video di Youtube).

“Jadi orang lebih mahu mendengar cerita karut marut, mencaci, daripada cakap benar. Kebenaran tewas kepada kebatilan. Ini yang saya rasa menyakitkan hati,” kata Najib.

Ini merupakan lawatan pertama Datuk Seri Najib selepas menang kerusi Pekan dalam PRU14 lepas.

Apa pendapat korang dengan kenyataan Najib ni? Hmmm

Baca: “Baru kita tahu kenapa Najib tak boleh lari dari Rosmah.”

Page Rosmah 4 758X400 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.