in

“Saya menjerit memberi amaran, namun kejadian berlaku begitu pantas” – Warga Emas Maut Dihempap kereta Terjunam Setinggi 6 Meter

Kejadian terlalu pantas dan sampai sekarang saksi kejadian yang merupakan seorang pengawal keselamatan  S Thinagaran 36, masih terkejut apabila melihat kejadian yang berlaku di depan matanya pagi tadi.

Seorang wanita maut dan seorang warga emas cedera parah dalam satu kemalangan  di parkir sebuah kondominium di Green Lane, Pulau Pinang.

 

Langgar seret dan jatuh terjunam

Lapor Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 11.54 pagi. Mangsa yang dikenali sebagai Kim Hui Ping, 49 pada waktu itu sedang berjalan sebelum dilanggar oleh kereta jenis Toyota Vios lalu diseret serta merempuh dinding tempat parking kereta yang terletak di tingkat satu dan jatuh terjunam setinggi 6.1 meter.

Kereta itu jatuh dan menghempap kereta lain. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, seorang wanita warga emas berusia 71 tahun sedang memandu keretanya untuk ke tempat parkir kondominium tersebut.

Sebaik sampai ke selekoh laluan ke parkir, dia terkejut melihat mangsa sedang melintas di hadapan keretanya yang menjajdi penyebab  warga emas itu tertekan pedal minyak dan langgar mangsa.

“Mangsa dikatakan melintas di laluan itu untuk pergi ke keretanya yang juga diletakkan di tempat parkir tersebut.”

Mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat manakala wanita warga emas kini masih dalam rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Yusri Zakaria berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurut saksi S Thinagaran, menjadi kebiasaan mangsa yang selalu mencuci kakinya di paip berdekatan tempat letak kereta sebelum memandu kenderaannya ke parkir kondominium tersebut.

“Saya menjerit memberi amaran kepada kedua-duanya namun kejadian berlaku begitu pantas,” katanya.

 

Baca : Jijik! Doktor Jual Organ Mangsa Kemalangan Di Pasaran Gelap Sebab Nak Hidup Mewah

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter