in

Jijik! Doktor Jual Organ Mangsa Kemalangan Di Pasaran Gelap Sebab Nak Hidup Mewah

Organ3 E1655001790839

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Pemburu’ haram organ manusia biasanya korang dengar yang culik orang kan? Ni min nak bagitahu tentang kantoinya aktiviti menjijikkan doktor di China gunakan title dorang untuk perdayakan pewaris untuk benarkan organ keluarga mereka yang meninggal dunia ‘didermakan’.


Sekumpulan enam orang doktor didakwa dengan empat darinya sudah dipenjara.

Doktor-doktor berkenaan dilaporkan mengambil organ mangsa kemalangan kemudian menjualnya di pasaran gelap demi hidup mewah.

 

Antara pesalah adalah pakar perubatan!

Hindianews melaporkan, keenam-enam pesalah tersebut merupakan pegawai perubatan yang mempunyai pangkat bukan calang-calang di hospital kerajaan di sana dan mereka diketuai oleh dua orang doktor pakar iaitu Huang Xinli, Ketua Doktor Hospital Nanjing Gulou dan Lu sen, Ketua Doktor Hospital Rakyat Provinsi Jiangsu.

Doktor Huang Xinli

Organ

Portal itu juga mendedahkan, mereka akan meyakinkan pewaris untuk menurunkan tandatangan perjanjian pendermaan organ rasmi tipu sebelum melakukan prosedur pembedahan di dalam ambulans palsu. Hati dan buah pinggang yang dikeluarkan kemudiannya dijual secara haram.

Seramai 11 mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya atau pendarahan otak dikeluarkan organ mereka sebelum dijual melalui hospital untuk mendapatkan keuntungan, lapor Harian Metro.

 

Aktiviti haram terbongkar, anak mangsa semak tiada rekod penderma dalam portal rasmi

Shi Xianglin, salah seorang pewaris dari 11 orang mangsa difahamkan oleh sepupu, mereka diberi pampasan setelah mendermakan hati dan buah pinggang ibunya yang meninggal dunia sebanyak 200,000 yuan (RM123,582.62) pada tahun 2018.

Ragu-ragu, anak mangsa check nama penderma di China Human Organ Donation Management Center namun tiada rekod berkenaan ibunya.

Hal ini dilaporkan kepada badan kehakiman lalu siasatan pun dijalankan dan akhirnya kegiatan mereka terdedah.

Terkini, tertuduh dilaporkan disabitkan dengan kesalahan merosakkan mayat dan dipenjara antara 10 dan 28 bulan.

Mana pergi integriti dorang ni? Ketua doktor tu!

 

Baca : Mendebarkan! Helikopter Bawa Organ Terhempas, Doktor Pula Tersadung Masa Bawa Jantung Pesakit

Organ4

Sumber: mirrorUK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.