in

“Sampai pegang leher…” – Cikgu Naik Hantu Tendang Polis Wanita Baru Lepas Pantang, Mengamuk Anak Kena Marah

Guru Mengamuk

Seorang guru wanita ditahan polis selepas membuat kecoh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, semalam. Dia juga didakwa menendang perut, mencekik leher dan menarik tudung seorang koperal wanita berusia 33 tahun yang baru 5 bulan melahirkan anak.

Menurut Berita Harian, serangan itu menyebabkan koperal tersebut trauma serta mengalami sakit di perut sehingga perlu dirawat di Hospital Pasir Mas.

gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, guru berusia 41 tahun tu dikatakan hadir ke kaunter trafik pada jam 3.30 petang dan mendakwa anaknya telah dimarahi anggota polis ketika terlibat dalam kemalangan.

Dia mengamuk dan memarahi polis wanita serta menolaknya dengan kasar sebelum cuba dileraikan oleh koperal itu. Namun dia dikatakan menjadi lebih agresif hingga 2 anggota polis lain terpaksa membantu.

Mangsa cuba sabarkan wanita itu namun, dia lebih agresif dengan menendang di bahagian perut mangsa yang baru melahirkan anak, lima bulan lalu.”

Leher mangsa turut dipegang selama 10 minit dan pada masa sama, dua anggota polis membantu melepaskan tangan guru itu.”

Balai Polis
gambar hiasan

Difahamkan, pada mulanya koperal wanita itu cuma mahu membantu untuk mencari anggota yang didakwa memarahi anak guru terbabit. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lenguh di leher dan sakit di perut kerana baru melahirkan anak.

Guru berkenaan ditahan pada jam 9 malam untuk diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 11 malam. Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang berurusan di kaunter awam dinasihati agar mengikut peraturan yang dah ditetap dan tidak bertindak di luar kawalan.

Sampai macam tu sekali cikgu tu mengamuk…

Baca: “Mu cikgu nat*ng!” – Mengamuk Serang Cikgu, Ingatkan Pasal Kes Gantung Sekolah Rupa-rupanya Sebab Isteri..

Serang Cikgu