in

Sadis! Kronologi Nahas Kereta Api India Ragut 275 Nyawa & Senarai ‘Train Crash’ Lain Yang Berlaku Dalam Sedekad

Collage 10

Walaupun jarang, nahas yang melibatkan kereta api ini banyak juga berlaku di serata dunia. Antara sebab yang paling sering berlaku adalah pelanggaran di antara kereta api atau kereta api tergelincir dari landasan.

Macam baru-baru ini, satu kemalangan kereta api telah berlaku di India sehingga menyebabkan sebanyak 288 nyawa terkorban dan lebih 1,000 orang mengalami kecederaan. Macam mana boleh terjadi?

Kronologi nahas kereta api Odisha, India

95Fk1Jgs Odisha Train Accident

Jumaat lalu (2 Jun 2023), satu kemalangan ngeri melibatkan pelanggaran tiga kereta api di timur India telah berlaku. Ini merupakan antara kemalangan melibatkan pengangkutan yang terburuk pernah berlaku di dalam sejarah negara tersebut.

Tragedi ini bermula pada petang Jumaat apabila kereta api Coromandel Express yang membawa penumpang dari Howrah ke Chennai melalui pantai timur India telah termasuk ke landasan yang salah dan bertembung dengan kereta api yang membawa barang berdekatan dengan stesen Bahanaga Bazar iaitu satu daerah di Odisha.

Seperti jatuh ditimpa tangga, tak lama kemudian, satu lagi kereta api Superfast Express yang membuat perjalanan dari Bangalore ke Howrah telah melanggar kedua-dua kereta api tersebut.

Ekoran dari ini, seramai 275 penumpang telah dilaporkan meninggal dunia dan lebih seribu mengalami kecederaan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi yang sepatutnya dijadualkan untuk melancarkan kereta api berkuasa tinggi baru dari Goa ke selatan India dan Mumbai telah membatalkan acara tersebut dan sebaliknya melawat tempat kemalangan dan mangsa-mangsa cedera yang dihantar ke hospital berhampiran.

Photo

Pada hari Ahad, kerajaan telah menukar jumlah kematian dari 288 ke 275 selepas pihak berkuasa mengatakan beberapa mangsa telah dikira sebanyak dua kali.

Pelanggaran yang melibatkan tiga kereta api ini telah membuatkan koc penumpang tercampak keluar dari landasan sekaligus menerima kritikan tentang keselamatan kereta api di sana yang telah dibina sejak kurun ke-19 oleh British.

Laporan awal siasatan mendapati terdapat masalah dengan isyarat landasan yang memberi arahan kepada pemandu kereta api untuk berhenti, perlahan, atau tukar ke landasan lain. Namun begitu, siasatan lanjut masih dijalankan.

Untuk pengetahuan korang, di dalam sejarah nahas kereta api di India, dua menteri kereta api telah meletakkan jawatan serta merta selepas nahas kereta api dengan kemalangan jiwa hampir sama dengan nahas Odisha ini berlaku.

Menurut laporan dari kerajaan di sana, di antara April 2017 dan Mac 2021, kereta api tergelincir dari landasan merupakan punca utama kemalangan kereta api besar berlaku di India, sekaligus menunjukkan bahawa kurangnya penyelenggaraan landasan dibuat.

Senarai nahas kereta api yang berlaku di India sejak 10 tahun lalu

B3946Eca 3C17 11E8 B6D9

Dekat bawah ni merupakan antara nahas kereta api yang berlaku di India sejak 10 tahun yang lalu…

Oktober 2018

Satu kereta api telah melanggar sekumpulan orang yang sedang melihat pertunjukan mercun ketika perayaan keagamaan di utara India. Nahas ini telah membunuh sekurang-kurangnya 60 orang dan cederakan berpuluh-puluh orang.

November 2016

Sekurang-kurangnya 146 orang telah terbunuh apabila kereta api yang membawa penumpang dari Indore ke Patna ini tergelincir dari landasan. Lebih 200 orang cedera.

Julai 2011

Sebuah kereta api yang membawa penumpang telah menukar landasan secara tiba-tiba berdekatan Fatehpur di Uttar Pradesh. Tindakan kereta api tersebut telah menyebabkan seramai 68 orang terbunuh dan 239 penumpang cedera.

Mei 2010

Sebuah kereta api yang membawa penumpang telah tergelincir dari landasan dan kemudiannya dilanggar oleh kereta api kargo. Seramai 145 orang telah terbunuh dalam kejadian yang berlaku di Bengal Barat. Manakala pihak berkuasa mengatakan kemalangan ini terjadi kerana perbuatan khianat dari pengganas yang digelar sebagai Maoist.

Oktober 2005

Satu kereta api yang membawa penumpang telah terjunam ke dalam banjir yang berlaku di selatan India dan membunuh sekurang-kurangnya 111 orang. Seramai 100 penumpang yang cedera telah diselamatkan dari koc yang tergelincir selepas banjir itu telah menenggelamkan landasan di bandar Veligonda di Andhra Pradesh.

September 2002

Satu kereta api ekspres yang membuat perjalanan dari Kolkata ke New Delhi telah tergelincir dari landasan dan terjunam ke dalam sebuah sungai. Akibatnya, seramai 121 orang telah meninggal dunia. Nahas ini berlaku di selatan Bihar.

Ogos 1999

Dua kereta api telah bertembung di bandar Guwahati di Assam, India dan membunuh lebih dari 285 orang.

November 1998

Dua kereta api bertembung di sebuah bandar di Khanna sehingga membunuh seramai 210 orang. Kemalangan ini berlaku apabila sebuah kereta api yang membawa penumpang telah melanggar koc yang tercabut dari kereta api satu lagi.

Ogos 1995

Dua kereta api telah bertembung berdekatan New Delhi dan membunuh seramai 358 orang. Penyebabnya, salah satu kereta api ini telah berhenti selepas terlanggar seekor lembu.

Harapnya India boleh buat sesuatu bagi memastikan keselamatan rakyatnya lebih terjamin ketika menaiki kereta api. Mana tidaknya, kereta api di India telah membawa sekurang-kurangnya 22 juta penumpang setiap hari. Patutlah kat sana ada menteri yang khusus untuk kereta api je.

Sumber: Washington Post, Al-Jazeera

 

Baca: Pelik! Disahkan Maut Dalam Nahas Ngeri Kereta Api Pada Tahun 2010, Dijumpai Masih Hidup 11 Tahun Kemudian

Fi Mati

Sumber: NDTV.com
Sumber: TOI