Bagi kaki travel di luar sana, mesti korang dah gian sangat nak naik flight pergi melancong atau lawat mana-mana tempat menarik yang ada di dalam mahupun di luar negara kan?
Walau bagaimanapun nak buat macam mana, sejak berlakunya pandemik Covid 19 ni kita tak dibenarkan untuk melancong ke luar negara sebab tak nak terlampau terdedah kepada virus berbahaya ini.
Bagi announcement macam dalam pesawat
“Selamat datang ke penerbangan kami..”
Kalau korang selalu naik mana-mana kapal terbang mesti pengumuman ni paling korang rindukan. Betul tak?
Selain itu, adalah juga beberapa pengumuman untuk kita meletakkan barangan dibawa dan keselamatan sepanjang berada di dalam kapal terbang. Argh rindunya vibe tu!
Tapi baru-baru ni viral satu video dimana, cara percakapan wanita ni ala-ala pengumuman dalam flight. Namun ia bukan di dalam kapal terbang, tapi berlaku dalam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di IDCC Shah Alam.
Posting tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @aafirashid dimana dia yang merupakan salah seorang staf di sana telah merakam gaya percakapan seorang lagi staf wanita ketika memberi pengumuman kepada penerima vaksin di tempat itu.
Cara staf tersebut yang dilihat sangat berlemah lembut dan fasih berkata-kata itu, betul membuatkan suasana macam dalam sesebuah penerbangan tu semakin kuat. Kedengaran dia menyampaikan pengumuman tersebut di dalam bahasa Melayu, dan turut meminta jika sesiapa mahukan penerangan di dalam bahasa Inggeris supaya berjumpa dengannya.
Ramai bekas krew penerbangan
Rupa-rupanya di ruangan kapsyen, Aafi mendedahkan sebenarnya kebanyakan sukarelawan di sana adalah bekas krew penerbangan dari syarikat AirAsia dan Malaysia Airlines. Tak peliklah wanita tu petah berkata-kata kan?
Korang kalau rindu announcement kat airport/dalam flight, boleh datang cucuk vaksin kat IDCC Shah Alam. Our staff mostly former flight crew dari AirAsia and Malaysia Airlines 🇲🇾❤️ pic.twitter.com/M7HuYsPVvX
— Niran Chai (@niran_chai) June 2, 2021
“Terus rasa cam nak tighten seatbelt”
Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai netizen perasan tentang perkara itu. Sampai ada yang dah feeling-feeling nak travel gitu.
Ahhh rindunya, kita doakan supaya Covid 19 ni cepat pergi dan kita boleh untuk pergi mana-mana dengan senang macam dulu.