in

“Terbaik trend Gen Z” – [VIDEO] Pengumuman RTM Guna Animasi Bondee Raih Perhatian Ramai

Ft Rtm Bondee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat mereka yang tak tahu, Bondee merupakan sebuah platform sosial yang dibangunkan oleh Metadream Tech Pte. Ltd, iaitu sebuah syarikat dari Singapura. Namun, selain bersosial, ia juga boleh dijadikan sebagai medium untuk menghebahkan sesuatu perkara atau pengumuman.


Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik ke akaun rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dilihat menggunakan animasi aplikasi Bondee untuk membuat sebuah pengumuman.

RTM pun ada Bondee!

@radiotelevisyenmalaysia

Siaran penuh sidang Parlimen di Berita RTM yeah!! ??Pagi, petang sampai selesai ? #Parlimen #RTMKlik #RTMMalaysia #RTMParlimen #BeritaRTM #Bondee

♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML

Menerusi video tersebut, dapat dilihat RTM sedang membuat hebahan mengenai penyiaran langsung sidang parlimen yang akan dibuat oleh RTM yang telah bermula pada 14 Februari lalu.

“Mulai 14 Februari RTM akan siarkan siaran langsung sidang parlimen bermula 10 pagi hingga selesai di saluran berita RTM,” tulisnya di video berkenaan.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kombinasi animasi yang comel dan ditambah dengan muzik yang sedang trending serta paparan teks yang jelas sekali gus dapat menyampaikan informasi dengan cara yang lebih efisien.

Screenshot 8

Difahamkan pendekatan ini berjaya menyampaikan pengumuman dengan gaya yang lebih santai dan mudah untuk difahami ramai.

Mungkin dilihat cara penyampaian maklumat yang dilakukan agak berbeza dengan cara tradisional namun, ini disebabkan peredaran zaman teknologi dan idea-idea baharu yang dibawa oleh ‘Gen Z’.

Pada masa artikel ini ditulis, video yang berdurasi 24 saat itu telah mendapat lebih 300,000 jumlah tontonan serta meraih hampir 45K likes dalam masa sehari.

“Bagus RTM ikut trend!” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pembaharuan dalam cara penyampaian informasi yang dilakukan oleh RTM itu.

Screenshot 2023 02 17 131454

Terbaik la RTM! 

Baca : “Siap menyanyi lagi” – [VIDEO] Netizen Cair Tengok TokTi Buat Laporan Cuaca Di RTM

Ft Tokti Baca Ramalan Kaji Cuaca 561X295 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.