in

“Kreatif betul”- Raih 20k Retweets, Cara Pemuda Ini Buat Flight Announcement Slang Tranung Buat Ramai Ternganga!

Ftttttt 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tik-Tok memang popular sangat dengan adanya new challenge, sampailah baru-baru ni adanya challenge yang dikenali sebagai flight attendant challenge.



Biasa kita dengar announcement dalam kapal terbang dibuat menggunakan bahasa Inggeris kan?Tapi satu video TikTok yang dikongsikan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Azhar Ramlie ini memang lain dari yang lain.

Menerusi akaun Twitternya, Azhar membuat pengumuman mendarat menggunakan dialek negeri Terengganu yang biasa kita dengar dalam perbualan harian. Tweet tersebut banyak menarik perhatian netizen sampai mencecah lebih 20 ribu retweet! 

Okay, ladies and gentlemen kite teloh mengdarat di lapangang terbang sultang mahmud kuale tranung, bagi pihok kapteng pilot kite nok kabor trime kaseh krane memilih kemamang eylaing sebagai tujuang destinasi anda.

slamat datang ke kuale tranung di mane kite tengok penyu telor, penyu tengok telor kite. trime kasih

Kreatif betul diorang ni. Baguslah bukan je memartabatkan bahasa tempatan, tapi dapat juga promosi Terenggau secara tak langsung kan.

Menarik juga kan kalau setiap negeri buat announcement guna dialek sendiri.

 

 

Baca : “Patut lah berganda-ganda bahagia” – Taiping dan Kuala Terengganu Antara 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Pada 2019

Ft Image Ganu Baca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.