in

Remaja 18 Tahun Ditangkap Cuba Meragut, Beri Alasan Terdesak Mahu Berkahwin

Page 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja lelaki yang ditangkap kerana meragut seorang wanita di Jalan Pantai Peringgit berhampiran Pasar Melaka Sentral, kira-kira jam 9 pagi kelmarin.


Menurut sumber, mangsa yang juga warga Indonesia itu sedang berjalan kaki di persimpangan jalan berhampiran Melaka Sentral dan Pasar Besar Melaka Sentral sebelum didatangi remaja lelaki berkenaan dan meragutnya.

Melaka

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mangsa berusia 27 tahun itu baru habis bekerja di sebuah kilang berdekatan dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pangsapuri Peringgit.

“Motorsikal ditunggang lelaki itu muncul dari belakang mangsa dan suspek terus menyentap beg tangan mangsa,” katanya.

Suspek kemudian cuba melarikan beg tangan berkenaan sebelum motorsikal Modenas Dinamik ditunggangnya gagal dikawal menyebabkannya terjatuh. Orang awam yang menyedari tentang kejadian itu terus menahan lelaki tersebut.

Kahwin1
sumber: harian metro

Polis yang dihubungi oleh orang awam kemudian mengarahkan unit kereta ronda untuk ke lokasi dan menangkap mangsa. Apabila ditanya, remaja itu memberi alasan terdesak mahu berkahwin bulan hadapan menyebabkannya bertindak sedemikian tanpa berfikir panjang.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 18 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah merusuh.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak manakala motosikalnya juga ditahan untuk siasatan lanjut.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.