in

“Ramai yang teks saya” – PM Jelaskan Kenapa Kerajaan Susah Nak Bagi Keluar Duit Akaun 1 KWSP

Akaun1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mendengar keluhan rakyat, tetapi kerajaan anggap ia satu perkara yang sukar untuk pertimbangkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meringankan beban rakyat yang ekonominya terkesan ekoran dengan wabak COVID-19.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akui peka dengan cadangan yang dibuat tetapi ia agak mustahil direalisasikan.

 

Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.”

Akaun 1 Kwsp 700X536 1

Katanya lagi, beliau sendiri menerima banyak mesej daripada orang ramai merayu agar ianya dijalankan.

“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.”

Namun, Tan Sri Muhyiddin Yassin sukar merealisasikannya kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pencarum pada masa akan datang. Lapor Berita Harian

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini.

 

Baca : Tutorial Mudah ‘Withdraw’; Duit Akaun 2 KWSP Untuk Bantuan Covid-19

Kwsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.